MESYUARAT AGUNG SELESAI

Alhamdullillah. Seramai 34 orang ahli telah hadir di Mesyuarat Agung kita kali ke3 yang berlangsung pada Jummat 22hb Januari bertempat di Jeumpa D Ramo 102 Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur. Laporan Tahunan dan Laporan Kewangan telah diluluskan tanpa perbahasan. Semua ahli-ahli Jawatankuasa Kerja telah dilantik semula untuk memegang jawatan masing-masing.

Dalam perbincangan umum diakhir mesyuarat tersebut Pengerusi telah menyampaikan beberapa perkara mengenai isu-isu semasa terutama sekali yang menyentuh hal-hal berkaitan MAYC. Mesyuarat bersetuju untuk terus membantu JKK MAYC yang baru dilantik yang terdiri dari ahli-ahli dibawah umur 40 tahun menyelesaikan masalah kewangannya.

Diakhir mesyuarat Pengerusi mengumumkan kemangkatan DYMM Sultan Iskandar Johor dan ahli-ahli yang hadir telah bertafakur serta membaca Alfathihah. Kelab Veteran MAYC mendoakan agar roh DYMM diletakkan dikalangan orang-orang yang soleh.

Advertisements