BANGUNAN MAYC BAKRI MUAR

 

Pembinaan bangunan Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) kawasan Parlimen Bakri yang tertangguh lima tahun lalu, berikutan kekurangan peruntukan, sedang disambung semula.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Naning, Datuk Abdullah Ali, berkata projek itu disambung semula dan dilaksanakan sejak Mac tahun lalu selepas persetujuan dicapai untuk membina hanya setingkat. Beliau berkata, persatuan memohon peruntukan kerajaan RM500,000 bagi membina bangunan dua tingkat untuk dijadikan pusat kegiatan persatuan itu, pentadbiran dan sukan, pada 2004.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan, ketika itu hanya meluluskan peruntukan RM300,000 dan jumlah itu hanya mencukupi untuk kos pembinaan bangunan setingkat.

Beliau berkata, disebabkan peruntukan itu tidak dapat memenuhi hasrat persatuan yang sudah pun menyediakan pelan bangunan dua tingkat, pembinaan projek itu terpaksa ditangguhkan. “Bagaimanapun, hasil perbincangan pihak persatuan dengan wakil rakyat, akhirnya persetujuan dicapai supaya pembinaan bangunan itu diteruskan walaupun kosnya hanya untuk membina bangunan setingkat.

“Langkah itu bertujuan mengelak peruntukan yang sudah diluluskan itu dipindahkan kepada projek lain,” katanya ketika ditemui selepas meninjau perkembangan pembinaan projek berkenaan,

Bangunan itu dibina di atas tapak bangunan lama yang dirobohkan selepas keadaannya usang dan tidak selamat lagi digunakan. Beliau berkata, pembinaan bangunan MAYC Bakri diasaskan bekas Pengerusi MAYC Johor, Allahyarham Salleh Kasmin, yang juga bekas Exco Pertanian dan Perikanan negeri pada 1960.

“Bangunan baru ini akan dilengkapkan dengan beberapa kemudahan bagi meningkatkan kegiatan belia termasuk bilik mesyuarat dan dewan persidangan serta gelanggang sukan,” katanya. .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: