KEMANA SEKARANG

Setelah berlakunya dua mesyuarat agung tahunan dan perlantikan dua jawatankuasa kerja kebangsaan yang berasingan  kemana mahu dibawanya MAYC sekarang.

Mahu menunggu dipanggil oleh Tribunal Pertikaian yang dibentuk oleh Kementerian Belia dan Sukan yang sudah jelas akan memihak.  Atau terus membuat laporan polis dan akan berakhir ke mahkamah. Atau ke Pusat Timbangtara Antarabangsa. Atau ke ICJ. Atau tunggu saja diakhirat. Pilih sahaja.

Yang beruntung adalah pihak penguam, pihak media dan pihak-pihak yang tidak ada kaitan langsung dengan pergerakan belia. Yang rugi sekali adalah MAYC sendiri kerana telah diurus  hingga jadi saperti sekarang.

Isu yang sebenarnya bukanlah kepimpinan kerana ini dapat diselesaikan setahun dua. Diantara Akramsyah dan Mustapha amat besar perbedaannya. Saperti langit dengan bumi.

Isu sebenar adalah mengenai harta MAYC yang telah diselewengkan oleh Syed Abdul Rahman dan beberapa individu dalam MAYC terdahulu. Beberapa pihak sudah mengaku memberi sogokan kepada ramai pihak dalam pengurusan MAYC.

Bukti sudah diperolehi dan laporan polis sudah dibuat. Cuma belum ada tindakan untuk membawa mereka kepengadilan.  Kita yakin perkara ini akan dimajukan tanpa ragu-ragu oleh anggota-anggota MAYC yang masih berumur tidak lebih dari 40 tahun.

Ketika itulah kita akan dapat menyaksikan kehancuran MAYC yang telah dimulakan oleh pimpinan MAYC di bawah Tan Sri Syed Hamid Albar.

ANTARA DUA MAYC

Jika diminta untuk memilih diantara dua, maka hanya satu yang boleh dipilih. Mustahil dua. Ini hakikatnya.

Oleh yang demikian Kelab Veteran memilih yang halal. Iaitu mesyuarat agung yang dipanggil orang pihak yang berhak dan berwajib.

Apabila mesyuarat agung tidak dapat diadakan selama lima tahun berturut-turut jangan disalahkan itu dan ini. Yang salah adalah pemimpin dan pengurusannya.

Jelas sekali pimpinan Tan Sri Syed Hamid yang dibantu oleh Syed Abdul Rahman tidak berupaya melaksanakan tugas saperti yang dikehendaki undang-undang. Mereka gagal. Lantas diberi amaran beberapa kali oleh pihak yang berwajib.

Pengerusi-pengerusi negeri telah mengambil insitaif untuk memanggil mesyuarat agung dan hasilnya amat memberangsangkan serta memberi nafas baru kepada pergerakan MAYC. Satu pertubuhan belia kebangsaan telah dapat diselamatkan. Ini adalah satu usaha murni dan akan diberkati Allah swt.

Walau bagaimana pun Allah swt tetap menduga keimanan pihak yang benar dengan membenarkan satu lagi mesyuarat agung diadakan oleh pihak yang sudah diharamkan. Maka terlantiklah satu JKK Kebangsaan yang haram dan akan melaksanakan tugas-tugas yang haram bagi mereka yang masih mahu berkuasa dan berkepentingan.

Disinilah terletaknya dugaan Allah swt. Sama-samalah kita doakan agar Akramsyah dan rakan-rakan seperjuangannya mendapat taufik dan hidayah dari Allah swt.

TREND YANG MEMBIMBANGKAN

Mesyuarat Agung yang diadakan 26hb September lalu adalah satu trend dalam MAYC yang amat membimbangkan. Dengan hanya dipelupuri oleh dua orang manusia, satu pertubuhan belia yang berusia lebih 56 tahun telah melalui satu detik hitam dalam sejarahnya.

Satu mesyuarat yang korumnya mencurigakan telah diadakan dengan dihadiri sendiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Dato Mohid Mohamed sebagai tanda Kementerian menyokong ianya diadakan dan sekali gus melanggarkan Akta Belia yang Kementeriannya sendiri  menjadi badan kawalselia.

Sungguhpun “backdrop” pentas mesyuarat jelas tertulis nama Dato Ahmad Shabery Cheek sebagai meresmikan mesyuarat agung tersebut, ini adalah satu penipuan yang amat jelas. Malah Syed Rahman telah mewarwarkan acara ini dengan menggunakan nama Menteri dan Timbalan Menteri sebagai akan hadir di mesyuarat tersebut.

Maka bertanyalah kita, apakah kehadiran mereka akan menghalalkan sesuatu yang jelas haram.

Azmi Azilan telah menghantar sms kepada Tan Sri Syed Hamid Albar yang berbunyi ” YB Tan Sri, saya sebagai Jawatankuasa MAYC 2005 merasa amat dukacita tidak menerima sebarang notis atau info berkaitan dengan Mesyuarat Agung yang dikatakan akan dijalankan pada 26 September. Saya harap integriti dalam MAYC akan dipertahankan demi perjuangan belia yang tulen.”

Yang anehnya Mustafa Mat Aroff bukan Mustafa Maarof telah ditunjuk oleh ode lama untuk menjadi Presiden yang baru dan direstui Tan Sri Syed Hamid sebagai mengganti beliau. Yang aneh sekali Mustafa pernah dipecat oleh MAYC kerana tidak dapat menjalakan tugasnya sebagai Setiausaha Kerja MAYC. Apakah orang yang tidak berupaya menjadi Setiausaka Kerja boleh menjadi Presiden pertubuhan belia kebangsaan. Menjadi pengerusi kelab belum tentu lagi.

Ini merupakan kali kedua hal ini berlaku selepas percubaan kali pertama pada tahun 2005 yang gagal dengan insiden jerit menjerit, tumbuk menumbuk dan telah menjadi kes polis yang berakhir di mahkamah.

Inilah trend yang amat membimbangkan bukan sahaja dalam MAYC tetapi juga akan merebak kepada pertubuhan belia yang lain jika Pendaftar Pertubuhan Belia Dato Sa’don bin Suraji tidak berwibawa dan bertindak ala “flip-flop” serta menyebelahi pihak yang melakukan pelanggaran HAB, bukan HAM.

KVMM yakin kontroversi ini baru sahaja bermula dan berbagai-bagai tindakan susulan akan diambil oleh kedua-dua belah pihak. Apakah MAYC akan mengalami nasib serupa saperti UMNO sewaktu ianya diharamkan sama-sama kita yang tua-tua ini saksikan dan berdoa agar Allah swt membuka hati semua pihak yang terlibat.

TITEK HITAM PERGERAKAN MAYC

Ahad 26 September 2010 harus diingat oleh semua yang berjuang dalam gagasan MAYC Kebangsaan. Tarikh ini adalah permulaan perpecahan didalam MAYC yang ditaja oleh Tan Sri Syed Hamid Albar dan Syed Abdul Rahman Kuning  dan harus dijadikan iktibar oleh semua.

Satu mesyuarat agung khusus untuk melantik JKK MAYC Kebangsaan yang baru telah diadakan pagi semalam di Wisma Belia, Kuala Lumpur dan untuk menghalalkan berbagai isu yang telah terwujud sejak AGM tidak diadakan lima tahun berturut-turut.

Isu JKK sebenarnya tidak wujud kerana ianya telah dibentuk oleh JKK lama sebaik-baik sahaja diumumkan Akta Belia yang baru. Begitu juga dengan AGM yang telah pun diadakan dan ditaja oleh Pengerusi-pengerusi Negeri dua bulan yang lalu.

Apabila Kementerian Belia dan Sukan sendiri tidak dapat mengambil sikap yang jelas serta bertindakan “flip-flop” maka timbullah usaha untuk mengadakan satu lagi AGM yang maksudnya dan tujuannya boleh kita ramalkan.

Hadir sama di AGM tersebut adalah KSU Kementerian Belia dan Sukan yang dikirakan mewakili Menteri berkenaan. Apabila timbul hal-hal yang kontroversial saperti ini pegawai awam biasanya menjadi mangsa. Pemimpin politik bersembunyi dan memerhatikan keadaan sehingga puleh dan elok bagi mereka. Selepas itulah baru mereka akan muncul dipihak yang dapat mengatasi yang satu lagi.

Sebelum AGM itu dimulakan seramai 80 orang ahli MAYC yang telah hadir di AGM terdahulu telah berhimpun diperkarangan Wisma Belia untuk berdemo dan menyatakan bantahan mereka kerana tidak dibenarkan hadir di AGM yang dianjurkan sendiri oleh MAYC sedangkan mereka adalah ahli-ahli MAYC. Terdapat yang dibenarkan masuk adalah ramai anak-anak sekolah berumur dalam lingkungan 15 tahun yang dijadikan perwakilan dan “phantom voters” tajaan Syed Abdul Rahman Kuning.

Mereka sempat berjumpa dan bersalaman dengan KSU semasa beliau tiba untuk menyatakan pendirian mereka tentang AGM yang hendak dijalankan itu.  KSU telah mengambil kira bantahan mereka dan akan melakukan sesuatu.

Namun begitu AGM tetap diadakan dan terlantiklah satu JKK baru yang telah disenaraikan oleh ode lama.

Kita bersyukur kerana nama-nama Syed Hamid dan Syed Rahman tidak termasuk dalam senarai tersebut kerana mereka baru sedar bahwa umur mereka sudah jauh melebihi 40 tahun saperti yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

Senarai JKK yang baru dilantik tanpa sebarang pengundian itu jelas terdiri dari belia-belia yang tidak berwibawa dan mempunyai rekod yang meragukan dan pastinya mereka tidak tahu bagaimana akan menghadapi cabaran MAYC dimasa muka.

Jika dibawa mereka ini berdebat secara terbuka dengan JKK MAYC Kebangsaan yang sedia ada, mereka akan dimamah dan disepak terajang dengan mudahnya.

Yang haram tetap haram dan usaha ini akan dilaknati Allah swt.  Kami harap mereka akan bertaubat dan kembali kejalan yang benar.

Kepada Sdr Akramsyah Sanusi dan rakan-rakan JKK Kebangsaan KVMM mengucapkan tahniah kerana telah bersikap sederhana dan bertindak bijak semasa AGM berlangsung semalam. Teruskan perjuangan hingga akhir. Masalah MAYC belum selesai. Yang sudah selesai adalah harga diri dan aset MAYC.

Dr Mahathir sedih Melayu berpuak 3

Tun Dr Mahathir Mohamad sedih kerana orang Melayu seolah-olah tidak sedar mengenai ancaman dihadapi ketika ada pemimpin yang begitu ghairah untuk menguasai kerajaan.

Bekas Perdana Menteri juga sedih kerana orang Melayu sudah berpecah kepada tiga puak, tetapi tiada satu pun boleh memberikan kelebihan atau mempunyai jumlah peratusan yang boleh memberi kemenangan kepada bangsa itu. “Orang Melayu berpecah sekarang adalah kerana ada yang gila-gila nak jadi Perdana Menteri, tak peduli apa pun… dia sokong semua, semua yang bercorak perkauman,” katanya pada majlis Jemputan Terbuka Perhimpunan Melayu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Kelantan dekat Stesen Kereta api Pasir Mas, di sini, semalam.

Hadir sama, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali.

Ini kunjungan pertama Dr Mahathir selepas insiden disembur cecair di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, empat tahun lalu.

Dr Mahathir juga tidak dapat menyembunyikan kesedihannya apabila ada orang Melayu malu mengaku sebagai Melayu, selain sikap PAS yang menghalalkan semua perkara dilakukan rakan dalam pakatan pembangkang semata-mata mahu mendapat sokongan politik dan sanggup membuat peraturan baru semata-mata sehingga sanggup mengetepikan agama dan bangsa.

Sehubungan itu, Dr Mahathir mahu supaya semua pemimpin parti politik, UMNO, PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta badan bukan kerajaan (NGO), termasuk PERKASA insaf mengenai bahaya dihadapi orang Melayu dan bangsa itu perlu sedar, tidak berpecah belah serta tamak untuk mendapat jawatan sehingga menggadai kepentingan Melayu.

“Sepatutnya orang Melayu bersatu padu dan sokong apa yang baik bagi kaum mereka, bukan nak tolak kaum lain, bukan nak rampas (hak) kaum lain, hak kaum lain adalah hak mereka, tetapi hak orang Melayu mesti kekal sebagai hak orang Melayu… ini saja yang kita minta,” katanya.

Sumber tidak resmi menjangkakan kehadiran diperjumpaan tersebut adalah 40,000  orang.

BAGI MEREKA YANG AKAN KE MAJLIS RAYA

MAJLIS RAYA MAYC JOHOR

Pengerusi MAYC Johor Sdr Mohd Yusof dan isteri Norzana memperslakan semua pembaca blog ini dan ahli-ahli MAYC juga veteran ke kediamannya di No.53 Kampong Parit Haji Ibrahim . Mukim 2 Bagan, Batu Pahat pada Ahad 26 September 2010 jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang.

Lalaun mudah ke kediamannya ialah ikut jalan sebelah Masjid Jamek Kampong Mampan.

Ini adalah majlis mesra aildilfitri dan sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan beliau di 012-7373 879

Datang, jangan tak datang.