BICARA TOKOH 21 FEBRUARI 2012 KLUANG

Salah satu acara yang akan diadakan pada Mesyuarat Agung Tahun 2012 KVMM adalah Bicara Tokoh oleh Datuk Nasir Safar, Presiden MAYC Malaysia yang akan mengupas secara terperinci mengenai isu-isu dan cabaran yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia dibawah gagasan 1Malaysia.

Majlis ini akan bermula pada jam 4.00 petang di Dewan Layang-layang Hotel Anika, Bandar Kluang, Johor sebaik-baik sahaja selesai Mesyuarat Agung Tahunan KVMM.

Perwakilan dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor dijangka akan menghantar perwakilan yang ramai bukan sahaja untuk menghadiri Mesyuarat Agung, malah mengambil bahagian semasa Bicara Tokoh.

Sementara itu KVMM berharap untuk dapat menerima perwakilan dari Wilayah Persekutuan, Pahang, Trengganu dan P Pinang untuk acara sehari ini.

Semua pertanyaan mengenai acara ini boleh ditujukan kepada Setiausaha KVMM di 012-2992911 atau emel taib2wahab@yahoo.com

PROGRAM DIKLUANG

PROGRAM 21 FEBUARI 2012  DiKluang, Johor adalah saperti berikut: Penginapan di  Hotel Anika, 5 minit jalan kaki dari Stesen keretapi sudah ditempah. 30 bilek twin sharing.

Berangkat dari KL Sentral jam 9.00 pagi dengan Sinaran Selatan sampai jam 2 petang. Veteran dari NS naik dari Seremban jam 10.18 pg. Veteran dari Melaka naik dari Tampin jam 11.14 pg.Kos hawa dingin kelas satu untuk 36 orang sudah ditempah. Veteran dari Ipoh boleh naik ETS jam 5 pg. Bayar sendiri boleh claim.

Program bermula jam 4.00 ptg dengan Mesyuarat Agung Tahunan dan disusul dengan BICARA TOKOH 1MALAYSIA oleh Pemangku Presiden Datuk Nasir Safar.

Majlis makan Malam akan diadakan pada jam 8.00 malam dengan upacara penyerahan watikah perlantikan dan video show MAYC GLOBAL RELIEF menjadi acara kemuncak.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

Salah satu perkara yang telah diputuskan oleh Mesyuarat JKK semalam adalah tarikh Mesyuarat Agung Tahunan yang telah ditetapkan pada Selasa 21hb Februari 2012 jam 4.00 petang disalah sebuah hotel di Keluang, Johor.

Hj Hud Mohamed, seorang veteran MAYC Johor telah dilantik sebagai Pengerusi Penyelaras bagi program ini yang akan disusuli dengan Majlis Makan Malam pada hari yang sama.

Pada hari tersebut akan diserahkan watikah perlantikan Pengerusi-pengerusi Negeri Pahang, Trengganu, Pulau Pinang dan Melaka.

Sebelum Mesyuarat Agung dijalankan satu Wacana Kepimpinan akan diadakan dan Datuk Nasir Safar akan memberi ucap utama mengenai Cabaran 1Malaysia.

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA

Satu mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kelab Veteran akan diadakan esok jam 10.00 pagi di Eastin Hotel Petaling Jaya.

Mesyuarat ini adalah yang terakhir sebelum diadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2012. Dimesyuarat ini akan ditetapkan tarikh dan tempat mesyuarat ini akan diadakan.

Hal-hal lain yang akan dibincangkan adalah pendaftaran MAYC GLOBAL RELIEF dan MEMORIAL MUBIN SHEPPARD.

Mesyuarat jua akan melantik Pengerusi-pengerusi bagi negeri Perlis, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

ACARA DIMENTAKAB TERTUNDA LAGI

Bicara Tokoh yang dijadualkan esok di Mentakab dengan kerjasama UMNO Bahagian Temerloh terpaksa ditunda lagi kerana lawatan Dato Seri Mohd Najib ke Kuantan pada hari yang sama.

Program yang sepatutnya diadakan pada jam 9.30 pagi esok ditunda kerana semua AJK UMNO Bahagia terpaksa berada di Kuantan untuk mengikut program lawatan Perdana Menteri disana.

Datuk Sheikh Badar Embong, Pengerusi Kelab Veteran MAYC Pahang berkata satu tarikh yang sesuai akan ditetapkan setelah mendapat persetujuan UMNO Bahagian Temerloh.

MEMORIAL MUBIN SHEPPARD

Datin Waveney Jenkins telah bersetuju untuk menjadi pengasas kepada penubuhan memorial ini dan telah pun menanda tangani “trust deed” untuk menjadi pemegang amanah. Ini akan didaftarkan dengan Jabatan Perdana Menteri sedikit masa lagi.

Datin Waveney pernah bertugas sebagai pembantu Tan Sri Mubin Sheppard ketika beliau menjadi Pengarah Muzium Negara. Beliau juga mengasaskan penubuhan Badan Warisan Malaysia.

Beliau mempunyai banyak maklumat mengenai mendiang Tan Sri Mubin Sheppard yang bukan sahaja sebagai Pengarah Muzium Negara, malah sebagai Pengarah Filem Negara dan Arkib Negara.

Datin Waveney adalah pemegang status penduduk tetap Malaysia tetapi bersara di Isle of Man, United Kingdom.

Memorial ini akan ditubuhkan sebagai menghargai jasa Tan Sri Mubin yang mengasaskan penubuhan MAYC pada tahun 1953.

APA DAH JADI DENGAN KELOMPOK INI