PROSES PENUAAN YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN

Berat badan kaum lelaki selalunya naik  sehingga berumur 55 tahun dan selepas itu berat badan mereka pun mulai turun. Ini mungkin disebabkan turunnya apa yang dipanggil ” male sex hormone testosterone”

Kaum wanita pula bertambah berat badan mereka sehingga berumur 65 tahun, selepas itu berat badan mereka pun turun disebabkan oleh kehilangan tisu otot mereka..

Tentu sekali turun naik berat badan sesaorang itu berbeda dari seorang individu ke individu yang lain. Pemakanan dan senaman memainkan peranan yang penting dalam hal ini.

Perubahan dalam kandungan air dalam badan boleh menyebabkan orang sudah berumur cepat kehausan. Oleh yang demikian kita harus sentiasa berhati-hati tentang banyak mana kita meminum air. Perubahan keadaan badan juga memainkan peranan penting pada kita mengambil ubat. Oleh itu  banyaknya ubat yang boleh dimakan perlu juga disesuaikan dengan keadaan kita.

Kehilangan otot dikaki dan perubahan bentuk tubuh badan juga boleh mempengaruhi ketidakseimbangan kita yang mungkin menyebabkan  kita jatuh.

Sungguhpun perubahan yang disebabkan umur tidak boleh dielakkan kita boleh membuat sesuatu untuk menggurangkannya. Ini termasuklah bersenam, tidak merokok dan pemakanan yang sihat. Meminum arak secara tidak terkawal dan dadah merbahaya boleh menyebabkan proses penuaan yang lebih ketara.

PROSES PENUAAN YANG TAK DAPAT DIELAKKAN

Menjadi pendek adalah salah satu hal yang berlaku ketika kita berumur. Ramai diantara kita yang amat paka tentang keadaan tubuh kita yang sudah berubah hasil dari perubahan cara hidup yang membantu keadaan ini.

Tubuh badan manusia mengandungi lemak, tisu dan organ yang tertentu, tulang, air dan lain-lainnya. Apabila kita berumur, kadar dan bilangan kandungan ini akan berubah ke daerah tengah badan kita termasuk organ perut.

Bahagian lemak perut akan bertambah sebanyak 30 peratus. Ini akan menyebabkan organ-organ lain mengecil termasuk buah pinggang, paru dan sebagainya.

Proses ini dipanggil “altrophy”. Tulang kita akan kehilangan mineral dan menjadi kurang padat, satu hal yang dipanggil osteopenia, dan kemudiannya, osteoporosis. Kehilagan tisu akan mengurangkan air dalam badan kita.

Kita akan menjadi pendek. Hal ini akan berlaku kepada semua bangsa dan jantina. Kehilangan ketinggian juga berpunca dari perkara ini.

bersambung esok…….

JANGAN MERASA TERLALU TUA

Ingin selesa dengan tubuh badan kita? Biasanya kita berebut-rebut melakukan sesuatu tanpa memikirkan amaran yang diberikan oleh tubuh badan kita dan juga keenakan yang dapat dirasakan.

Kita perlu mendengarnya sekali sekala.

Kita harus menggangap tubuh kita saperti teman baik kita. Dan kita harus mengunakan dengan baik dan bersenam selalu untuk mengetahui apa yang diperlukan oleh anggota kita.

Perhatikan bagaimana ahli-ahli keluarga kita berjalan, duduk dan sebagainya. Dengarkan bagaimana suara dan nada mereka kita bercakap. Bandingkan dengan yang kita punya. Perhatikan bagaimana cara kita telah dipenganruhi oleh cara mereka.

Apabila ada sesuatu yang tidak kena pada kita mereka akan berkata ” apa yang boleh dibuat pada umur sebegini. Awak tak semuda dahulu, awak harus tahu.”

Dikeadaan begini apa yang boleh kita lakukan? Rasakan bagaimana reaksi kita terhadap perkara ini. Perhatikan cara kita menghadapinya dengan gerak geri tubuh badan kita sendiri

Oleh yang demikian perlulah kita berdiri dengan santai dan jangan melakukan sesuatu yang menunjukkan mereka itu benar. Kita harus melawan komentar mereka supaya kekuatan kita terus dapat diperjuangkan.

Dengan bersikap begini tenaga dan kekuatan kita dapat dipelihara dan kita tidak lagi dianggap berumur sangat.

SEMAKIN TUA SEMAKIN MEROSOT ANGGOTA KITA

Kajian telah mendapati bahwa ketinggian yang merosot, perut yang memboncit dan lain-lain dapat di elakkan.

Apabila kita berumur kita mengalami kemerosotan dari semua aspek tubuh badan kita.Ini termasuklah dari rambut kepada pendengaran, ingatan dan tenaga.

Mulai dari umur 40 kita sudah mulai merasakan jadi pendek dan seterusnya hilang setengah inci setiap 10 tahun dan ini menjadi lebih ketara apabila mencapai umur 70 tahun.. Ada yang sampai menjadi pendek sebanyak 3 inci.

Walau bagaimanapun ini tidak melibatkan kurangnya daya fikir kita.

Apabila kita mencapai 60 tahun otak kita semakin mengecil tetapi ini tidak menyebabkan daya fikir kita berkurangan.

Bersambung esok……..

DOA KETIKA SAKIT

Apa yang diucapkan si pesakit daripada penyakit

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. pernah mengajar para sahabat doa untuk menghilangkan derita sakit dan daripada sakit demam panas, beliau membaca:
Artinya: Dengan nama Allah yang Maha Agung, kami berlindung diri dengan Allah yang Maha Agung, daripada keluhan urat yang berbisa, dan daripada penderitaan panas sakit yang membakar. Hendaklah membacakan (1) Al-Fatihah ke atas dirinya sendiri bila sakit dengan:
(2) Al-Ikhlas
(3) Al- Mu’awwidzatain
Kemudian ditiupkannya pada kedua belah tanganya serta menyapukan ke seluruh badannya, seperti yang telah disebutkan terdahulu dari ini. Kemudian hendaklah dia berdoa untuk menjauhkan bencana dari dirinya.

TAN SRI SANUSI BERANSUR PULEH

Tan Sri Sanusi Junid dilaporkan beransur puleh pada semalam. Respiratory tube tidak lagi digunakan kelmarin. Bantuan penefasan hanya digunakan dalam kadar minimal.

Sewaktu YAB Tun Dr Mahathir Mohamed melawatnya semalam beliau dapat bersuara sedikit menandakan keadaan sudah agak terkawal. KVMM berharap semua ahli terus mendoakan Tan Sri Sanusi sembuh dan dapat menjalan kehidupannya.

Terdahulu dari itu keluarga Tan Sri Sanusi Junid telah mengadakan majlis bacaan yasin  serta solat magrib dan solat hajat pada 22 Julai 2011 di Jeumpa D’Ramo, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur untuk mendoakan semoga Tan Sri yang sekarang ini di ICU SJMC cepat sembuh.

P RAMLEE DALAM KENANG