PENUBUHAN VETERAN MAYC WP

Seramai 500 orang akan hadir di majlis pelancaran Kelab Veteran MAYC Wilayah Persekutuan pada ahad 25hb Julai 2010 jam 3.00 petang di Dewan Yayasan Batu, Jalan Utama, Taman Batu Muda, Kuala Lumpur.

Presiden Kelab Veteran MAYC Malaysia, Tan Sri Sanusi Junid akan meresmikan majlis ini yang akan diadakan sekali gus dengan penubuhan cawangan Perkasa.

Semua ahli MAYC dan Kelab Veteran dipersilakan hadir sama.

Setiausaha Kelab Veteran Taib Wahab yang membuat lawatan ke tapak dewan bersama dengan penganjur majlis Dato Mohd Yusoff Hamid semalam berkata cara mudah untuk ke dewan tersebut adalah dari Jalan Sentul melalui Jalan Utama ke Taman Batu Muda dan dewan ini terletak didepan perkuburan Islam. Kalau dari utara atau pantai timur boleh masuk melalui Batu Caves.