MESYUARAT KHAS JKK

Telah berlansung semalam 14/5/2014 mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja yang dihadiri oleh semua kecuali Datuk Nasir Safar ( Presiden) dan Zaleha Najmuddin ( Juruodit) di sekretariat KVMM di Petaling Utama, Selangor.

Disamping tujuan asal diadakan mesyuarat khas ini iaitu untuk membincangkan persiapan bagi kunjungan hormat kepada YAB Perdana Menteri, beberapa hal lain juga dapat dibincangkan iaitu masaalah Wisma Belia, perlembagaan kelab dan juga usaha-usaha untuk menambahkan keahlian. Borang keahlian yang baru telah pun diedarkan.

Mesyuarat telah dipengerusi oleh Datuk Mohd Yusoff Hamid, Timbalan Presiden pada jam 11.30 pagi dan tammat pada jam 2.00 petang.

Advertisements

BUAT YANG SUDAH MENINGGALKAN KITA

Veteran MAYC

Sekretariat KVMM di Petaling Utama telah beroperasi sejak sebulan yang lalu. Beralamat di No. 39B ( Tingkat Satu) Jalan PJS1/48 Petaling Utama, Selangor pejabat ini terletak di Lebuhraya NPE.

Haji Mohd Hairani Kamsan, Ketua Sekretariat berkata semua kelengkapan pejabat sudah sedia ada, namum masih memerlukan peralatan ICT yang lebih canggih sesuai dengan keperluan veteran hari ini.

Katanya lagi, pejabat urusan Koperasi Veteran MAYC Semanjung Malaysia Berhad terletak ditempat yang sama.

Sebagai permulaan sekretariat ini akan mengendalikan kursus pendek mengenai pengurusan kelab MAYC dan modulnya mengandungi perkara-perkara berikut ( 1) Memahami Akta Pertubuhan Malaysia (2) Pengurusan kelab MAYC (3) Pengurusan projek ( 4) Pengurusan Kewangan Kelab.

Diantara panel pengajar adalah saperti berikut  (1) Datuk Yusuf Hamid, Timbalan Presiden (2) Datuk Mohammad Jaman, Pengarah Strategik (3) Datuk Saharuddin Zainal Abidin, Pengarah Kewangan.

Kursus ini adalah terbuka kepada semua pemimpin NGO bawah umur 40 tahun dan ianya percuma. Mereka hanya perlu membawa bersama…

View original post 18 more words

SEKRETARIAT BARU KELAB VETERAN

Sekretariat KVMM di Petaling Utama telah beroperasi sejak sebulan yang lalu. Beralamat di No. 39B ( Tingkat Satu) Jalan PJS1/48 Petaling Utama, Selangor pejabat ini terletak di Lebuhraya NPE.

Haji Mohd Hairani Kamsan, Ketua Sekretariat berkata semua kelengkapan pejabat sudah sedia ada, namum masih memerlukan peralatan ICT yang lebih canggih sesuai dengan keperluan veteran hari ini.

Katanya lagi, pejabat urusan Koperasi Veteran MAYC Semanjung Malaysia Berhad terletak ditempat yang sama.

Sebagai permulaan sekretariat ini akan mengendalikan kursus pendek mengenai pengurusan kelab MAYC dan modulnya mengandungi perkara-perkara berikut ( 1) Memahami Akta Pertubuhan Malaysia (2) Pengurusan kelab MAYC (3) Pengurusan projek ( 4) Pengurusan Kewangan Kelab.

Diantara panel pengajar adalah saperti berikut  (1) Datuk Yusuf Hamid, Timbalan Presiden (2) Datuk Mohammad Jaman, Pengarah Strategik (3) Datuk Saharuddin Zainal Abidin, Pengarah Kewangan.

Kursus ini adalah terbuka kepada semua pemimpin NGO bawah umur 40 tahun dan ianya percuma. Mereka hanya perlu membawa bersama mereka 10 orang jaringan kerja mereka.

Yang berminat silalah berhubung dengan Ketua Sekretariat di 0133030059 pada waktu pejabat.

SELAMAT HARI PEKERJA 2014

Bersempena dengan sambutan ulangtahun Hari Pekerja yang jatuh hari ini seluruh warga KVMM harus menjadikannya sebagai kayu pengukur sejauh mana kejayaan ekonomi negara ini dicapai bagi kebajikan pekerja disemua sektor.

Datuk Nasir Safar, Presiden KVMM berkata golongan pekerja merupakan nadi utama bagi Malaysia, yang mempunyai sekitar 11.3 juta pekerja, termasuk pekerja asing.

Kerajaan katanya menjadi kebajikan dan kesejahteraan kaum pekerja tunggak utama dalam dasar buruh negara. sungguhpun ” masih tidak ramai yang menyandarkan perjuangan menerusi gerakan kesatuan sekerja.”

Beliau menyeru pergerakan kaum pekerja, ia MTUC yang mempunyai sekitar 1.3 juta anggota,  Ceupacs dengan keahlian sekitar 800,000, dan yang lain-lainnya harus melipatgandakan peranan bagi memastikan produktibi pekerja dapat dilipat gandakan sesuai dengan keperluan sekarang. Hanya ini yang akan dapat menjamin gaji yang berpatutan dan keselesaan kaum pekerja terjamin.

KVMM bersama-sama para pekerja semua menyambut hari ini dengan rasa sangat bersyukur. TAHNIAH.

 

KEMUDAHAN ADA, TAPI TIDAK DIMANFAATKAN

Gugusan Felda Trolak adalah satu kumpulan rancangan tanah Felda yang sudah banyak menerima berbagai kemudahan pembangunan dari pemerintah. Malangnya kemudahan ini tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan menyebabkan ianya terbengkalai dan akan musnah tidak lama lagi. Ini termasuklah Felda Ulu Slim, Felda Trolak Utara dan Selatan yang dilawati selama dua hari.

Taib Wahab, Setiausaha Agung ketika menilai hakikat ini berkata, perlu dibangunkan kumpulan usahawan yang dapat memajukan lagi kemudahan yang disediakan kerajaan dan Majlis Daerah tempatan ini. Mereka harus dilatih untuk menggunakan kemudahan ini untuk memajukan sektor pelancongan dalam berbagai bidang termasuklah penginapan, kedai makan, kolam air panas dan rekreasi sungai.

Mereka juga boleh mengadakan berbagai program ” team building” dikawasan ini yang hanya lebih sedikit satu jam dari bandaraya Kuala Lumpur. Tempat ini juga sangat dekat dengan Lebuhraya PLUS dan boleh menggunakan Tol Tanjung Malam atau Slim River.

Beliau akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Pelancongan Perak di Ipoh pada esok pagi sebelum hadir di Wacana Intelek Melayu pada sebelah petang di Auditorium RTM.

DEKAT TAPI JAUH

Sungguhpun hanya 26 kilometer dari Tanjong Malim, Ulu Slim masih lagi jauh dari pembangunan. Tempat ini boleh ditempoh dari Kuala Lumpur dalam masa satu jam setengah sahaja.

Taib Wahab, Setiausaha Agung ketika berada dsini berkata tempat ini amat berpotensi dibangunkan sebagai pusat eco-tourism kerana mempunyai sumber airpanas, sungai dan hutan. Walau bagaimanapun perlu dibangunkan sumber air panas dalam keadaan mendidih dengan mengadakan kolam mandi disekelilingnya. Sudah terbangun kemudahan asas yang lain saperti kedai runcit, dataran masyarakat, tandas awam dan dewan orang ramai.

Beberapa kedai kopi usaha orang kampong juga terdapat disitu sungguhpun tidak ramai langganannya. Juga terdapat seorang pengusaha pekej “adventure” yang mengendalikan berbagai program tahan lasak.

Beliau berkata, orang kampong melalui JKK disitu boleh membangunkan ” homestay ” atau rumah tamu untuk para penggunjung yang mahu bermalam disitu. Sebuah pusat jalur lebar juga perlu diadakan bagi mereka yang memerlukan kemudahan internet.

Semua ini, katanya perlu mendapat sokongan dari Majlis Daerah Tanjung Malim dan Kerajaan Negeri Perak. Kelab Veteran MAYC boleh mengadakan berbagai program “retreat” dan team building sesuai dengan kemudahan yang akan dibangunkan.

LAWATAN KE PERAK

Taib Wahab, Setiausaha Agung minggu ini akan berada di Perak untuk menguruskan hal-hal berkaitan dengan Jelajah Perpaduan dan program ICT yang akan dianjurkan untuk negeri Perak.

Esok beliau akan berada di Ulu Slim, Tanjung Malim, Felda Trolak Selatan dan Kampar. Pada hari Khamis 24/4/2014 beliau akan berada di Ipoh untuk menghadiri program Wacana Intelek Melayu anjuran MPM di RTM Ipoh. Rombongan KVMM akan diketuai oleh Dato Mior Abdul Aziz dan isteri serta beberapa veteran MAYC yang lain.

Kesempatan ini akan diambil Setiausaha Agung  untuk berjumpa dengan Datuk Wira Jamaluddin Abdul Rahim, Setiausaha Agung Pertubuhan Alumni 4B Malaysia bagi membincangkan hala tuju kerjasama diantara Veteran MAYC dan Alumni 4B. Beliau juga dijangka akan menziarahi Haji Munit Itam Fajar, bekas Pengerusi MAYC Negeri Perak.