GAGASAN SEBENAR

Gagasan Satu Malaysia adalah cetusan idea Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul
Razak, untuk menjadikannya satu tindakan strategik dalam mewujudkan
kesatuan bangsa Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan
budaya.
Konsepnya amat penting seperti yang digagaskan dalam lapan nilai
yang menjadi teras gagasan ini, iaitu ‘budaya cemerlang’, ‘ketabahan’,
‘rendah hati’, ‘penerimaan’, ‘kesetiaan’, ‘meritokrasi’, ‘pendidikan’ dan
‘integriti’.
Nilai-nilai ini semua merupakan amalan baik yang dilaksanakan
oleh masyarakat selama ini, sama sahaja seperti amalan tolong menolong
dan hormat menghormati yang merupakan budaya bangsa Malaysia di
kalangan semua kaum dan etnik sejak sekian lama.
Tradisi berbudi bahasa dan bertolak ansur adalah warisan bangsa
Malaysia dari berbagai keturunan sebenarnya telah diamalkan di dalam
masyarakat kita semenjak berdekad lamanya, termasuklah ketika negara ini dijajah oleh British.