PROGRAM INTEGRITI VETERAN MAYC

INTEGRITI bererti menjaga nama baik. Ini perlu disematkan dalam jiwa semua rakyat Malaysia. Dalam era dunia tanpa sempadan, kecanggihan teknologi internet dan sebagainya   memberi kemudahan serta mempercepatkan lagi proses gerakkerja semua NGO.
 

Blog ini merupakan satu daripada sumber maklumat yang boleh  mewujudkan hubungan antara satu sama lain secara berkumpulan atau global selari dengan arus perkembangan teknologi maklumat yang melangkaui batas sempadan. KVMM telah menggunakan blog  ini sebagai salah satu cabang penyebaran maklumat mengenai nilai-nilai murni dan penerapan integriti dikalangan masyarakat umumnya tidak kira apa juga bangsa dan agama untuk dimanfaatkan bersama.
 

Tujuan blog  ini adalah untuk memberi ruang kepada veteran MAYC mendapatkan maklumat dan fakta mengenai program-program yang disediakan.

Kita sedang menjalinkan kerjasama dengan Institut Integriti Malaysia  untuk menjadi pemacu dan jentera pelaksana Pelan Integriti Nasional (PIN) kearah membangunkan sebuah Negara bangsa yang mempunyai jatidiri dan menghayati serta mengamalkan nilai-nilai integriti dan etika.
 

Dengan kerjasama dan sokongan dari pelbagai pihak terutama sekali IIM veteran MAYC akan berusaha keras untuk melonjakkan tahap integriti di kalangan NGO Malaysia melalui pelbagai program penerapan nilai-nilai murni serta kerohanian yang utuh  serta bertunjangkan budi pekerti yang mulia.

 

Sesuai dengan gagasan 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, KVMM mengalu-alukan sebarang maklum balas dan pandangan yang membina untuk penambahbaikkan  terhadap kualiti program yang diadakan. Semoga segala usaha dan kerjasama ke arah membudayakan integriti di kalangan masyarakat Malaysia akan beroleh kejayaan.

Insya Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: