DEKAT TAPI JAUH

Sungguhpun hanya 26 kilometer dari Tanjong Malim, Ulu Slim masih lagi jauh dari pembangunan. Tempat ini boleh ditempoh dari Kuala Lumpur dalam masa satu jam setengah sahaja.

Taib Wahab, Setiausaha Agung ketika berada dsini berkata tempat ini amat berpotensi dibangunkan sebagai pusat eco-tourism kerana mempunyai sumber airpanas, sungai dan hutan. Walau bagaimanapun perlu dibangunkan sumber air panas dalam keadaan mendidih dengan mengadakan kolam mandi disekelilingnya. Sudah terbangun kemudahan asas yang lain saperti kedai runcit, dataran masyarakat, tandas awam dan dewan orang ramai.

Beberapa kedai kopi usaha orang kampong juga terdapat disitu sungguhpun tidak ramai langganannya. Juga terdapat seorang pengusaha pekej “adventure” yang mengendalikan berbagai program tahan lasak.

Beliau berkata, orang kampong melalui JKK disitu boleh membangunkan ” homestay ” atau rumah tamu untuk para penggunjung yang mahu bermalam disitu. Sebuah pusat jalur lebar juga perlu diadakan bagi mereka yang memerlukan kemudahan internet.

Semua ini, katanya perlu mendapat sokongan dari Majlis Daerah Tanjung Malim dan Kerajaan Negeri Perak. Kelab Veteran MAYC boleh mengadakan berbagai program “retreat” dan team building sesuai dengan kemudahan yang akan dibangunkan.

Advertisements