Taib Wahab, Setiausaha Agung minggu ini akan berada di Perak untuk menguruskan hal-hal berkaitan dengan Jelajah Perpaduan dan program ICT yang akan dianjurkan untuk negeri Perak.
Esok beliau akan berada di Ulu Slim, Tanjung Malim, Felda Trolak Selatan dan Kampar. Pada hari Khamis 24/4/2014 beliau akan berada di Ipoh untuk menghadiri program Wacana Intelek Melayu anjuran MPM di RTM Ipoh. Rombongan KVMM akan diketuai oleh Dato Mior Abdul Aziz dan isteri serta beberapa veteran MAYC yang lain.
Kesempatan ini akan diambil Setiausaha Agung untuk berjumpa dengan Datuk Wira Jamaluddin Abdul Rahim, Setiausaha Agung Pertubuhan Alumni 4B Malaysia bagi membincangkan hala tuju kerjasama diantara Veteran MAYC dan Alumni 4B. Beliau juga dijangka akan menziarahi Haji Munit Itam Fajar, bekas Pengerusi MAYC Negeri Perak.
Filed under: Uncategorized |
Tolong sy dptkan ditail tentitif lwtan stiausaha ke perak..tkasih