Datuk Abdul Halim Hamad, Naib Presiden, Saharuddin Zainal Abidin, Bendahari, Ruslan Zainal Abidin dan Maznah Abdullah, Pengerusi Wanita telah hadir di Menara Felda, Jalan Tun Razak pada Selesa 8 April 2014 untuk menyaksikan Perdana Menteri merasmikan Seminar Antarabangsa “Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah”.

Seminar antarabangsa itu bertujuan untuk menyokong dan menyemarak kefahaman Wasatiyyah dalam pelbagai bidang bagi memberi sumbangan terhadap pembangunan negara.

Dato’ Sri Najib Tun Razak berkata seminar berbentuk ilmiah itu penting sebagai landasan untuk menyalurkan ilmu dan kefahaman Islam yang sebenar.

“Saya harus katakan semuanya bermakna dan penting kerana ianya menjadi akar kepada usaha pembenihan kefahaman ‘wasatiyyah’ dan kesederhanaan yang sering kali kita ucap dan zahirkan di pelbagai peringkat,” kata Najib ketika berucap di sini.

Selain itu, seminar antarabangsa itu juga bertujuan memperkasakan Malaysia sebagai peneraju pendekatan Wasatiyyah di peringkat serantau antarabangsa selain mengukuhkan kefahaman masyarakat tentang kepentingan maqasid syariah sebagai asas penyelesaian permasalahan umat.

“Pada pandangan saya, cukuplah agaknya dengan ungkapan komitmen, iltizam dan kesungguhan saya selaku Perdana Menteri untuk mengatakan bahawa wasatiyyah dan idea Islam yang berlandaskan kesederhanaan ini akan menjadi cita teras kepada kerajaan dan kepimpinan yang ada,” katanya.

Turut hadir dalam majlis perasmian itu adalah Duta Besar Arab Saudi, H. E. Fahad A. H. AlRashid, Duta Besar Jordan, H. E. Maher Ahmad Lukasha, Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan juga Pengerusi Institut Wasatiyyah Malaysia, Tan Sri Dr. Abdullah Md Zin.

Seminar Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqadis Syariah akan menampilkan sepuluh pembentang kerta kerja dari dalam dan luar negara.

Antaranya intelektual Muslim dari Timur Tengah Pengarah Pusat Wasatiyyah Islam dan Pembaharuan Al-Qaradhawi, Prof. Dr. Muhammad Khalifa Hasan Ahmad Khalifa; Ketua Hakim Syarie Jordan, Prof. Dr. Ahmad Mohammad Hlayyel; Timbalan Menteri Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Kuwait, Dr. Adel Abdullah Al-Falah dan ramai lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: