KVMM ingin memberitahu semua Pengerusi/Setiausaha Negeri tentang kemudahan pinjaman mudah untuk para usahawan dan peniaga di bawah PUNB iaitu Perbadanan Usahawan Nasional Berhad. Pengerusi PUNB adalah sahabat baik kita Dato Seri Mohd Ali Rustam.
Di antara skim yang disediakan ialah PROSPER Runcit
Pakej Keusahawanan PROSPER Runcit merangkumi :
1. Pembiayaan Perniagaan berasaskan Syariah
2. Kemahiran Keusahawanan
Dibawah program PEMBIAYAAN PERNIAGAAN BERASASKAN SYARIAH
ada Pakej A iaitu Pembiayaan daripada RM70,000 sehingga RM200,000
i. Pembiayaan Perniagaan
Pakej ini, menawarkan pinjaman yang berlandaskan Qard Al-Hassan, di mana peminjam perlu memulangkan segala wang pokok secara berjadual. Melalui pakej ini, usahawan perlu menyumbang sekurang-kurangnya 10% manakala PUNB menyediakan pinjaman sehingga 90% dari keseluruhan kos projek tertakluk kepada had maksimum RM200, 000.
ii. Perkhidmatan Perniagaan
Selain daripada pembiayaan, Pakej A juga merangkumi perkhidmatan perniagaan yang menyediakan khidmat pra operasi perniagaan, pemantauan akaun dan khidmat nasihat perniagaan. Perkhidmatan ini dikenakan caj yang berpatutan kepada usahawan.
dan Pakej B pula adalah Pembiayaan daripada RM200,001 sehingga RM1,000,000
Tetapi jika usahawan dapat menyumbang keperluan modal permulaan sebanyak 20%, maka baki kos projek tersebut sebanyak 80% akan dibiayai oleh PUNB melalui BAI atau BBA atau instrumen pembiayaan lain yang bersesuaian.
Oleh yang demikian pemohon boleh membuat permohonan secara online and membuat salinan permohonan tersebut untuk di serahkan kepada KVMM. Kami akan mengumpulkan semua permohonan ini ( sekurang-kurangnya satu dari sebuah negeri) untuk disokong kepada PUNB.
Filed under: Uncategorized |
Leave a Reply