BERHUBUNG SESAMA KITA

Sebagai veteran sebuah pertubuhan belia yang dulunya terbesar di Malaysia, kita tidak seharusnya ketinggalan zaman. Pada zaman sains dan teknologi ini kita harus menggunakan segala kemudahan yang ada yang terus berhubung dengan kawan-kawan veteran yang lain.

Tidak ada lagi menulis surat dan menghantar kad jemputan untuk sebarang urusan. Ini semua boleh dilakukan dengan menggunakan internet dan sebagainya. Harga sebuah komputer riba atau handfon tidak lagi begitu mahal. Dengan wang pencen dan sumbangan dari anak-anak kita sudah dapat membeli sebuah laptop atau mobile phone dengan harga yang terjangkau.

Oleh itu Kelab Veteran MAYC amat menganjurkan supaya semua ahli boleh menggunakan internet untuk berhubung sesama sendiri. Sebahagian besar diantara kita sudah pun boleh menggunakannya. Numun masih ramai lagi yang belum. 

Dengan kerjasama SKMM kita sedang menganjurkan berbagai kursus pendek untuk mengajar para veteran menggunakan internet bagi mengakses sebilangan media sosial yang ada dinegara kita. Kursus ini diberi percuma. Peserta hanya perlu mempunyai azam dan kemahuan untuk belajar. 

Beberapa modul sudah dirangka untuk mengadakan kursus ini khusus untuk para veteran yang memerlukan masa yang sedikit panjang dari biasa. Oleh itu semua Pengerusi dan Setiausaha Negeri digalakkan supaya berhubung dengan Setiausaha Agung, Taib Wahab untuk memberikan tarikh dan tempat mereka mahu program ini dijalankan dikawasan mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: