MESYUARAT UNTUK MENYUSUN PROGRAM

Negeri Johor akan bermesyuarat malam ini jam 8.00 di Rumah Rehat Kluang. Seramai 20 orang akan hadir. Turut hadir adalah Presiden KVMM Datuk Nasir Safar.

Mesyuarat ini akan menetapkan tarikh dan tempat program JELAJAH PERPADUAN yang akan diadakan tidak lama lagi. Sama ada program ini akan dijadikan majlis pelancaran bagi seluruh Malaysia akan kita ketahui malam ini.

Mereka juga akan berbincang mengenai anggaran perbelanjaan yang akan diperlukan. Bendahari Kehormat Saharudin Zainal Abidin telah mencadangkan supaya anggaran sama rata diberikan kepada negeri-negeri yang akan menganjurkan program ini.

Beberapa module aturcara program sudahpun dicadangkan iaitu yang bermula sama ada pada pagi jam 9.30 atau siang jam 3.00 atau malam selepas magrib. Tiap-tiap module hanya mengambil masa tiga jam sahaja.

Module tersebut adalah saperti berikut:

9.30           Karnival rakyat/ Sukan rakyat/ Hari keluarga
11.00        Wacana JELAJAH PERPADUAN
12.30        Jamuan makan tengah hari

Penganjur boleh juga menjemput berbagai agensi kerajaan tempatan untuk mengambil bahagian dengan mengadakan booth pameran dan sebagainya.

Negeri Sembilan akan mengadakan mesyuaratnya pada 17hb. Februari jam 3.00 petang di Seremban.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: