PERANAN KVMM NEGERI-NEGERI

Tiap-tiap negeri di Semenangung Malaysia mempunyai sebuah Jawatankuasa Negeri yang dilantik oleh Presiden selepas mesyuarat agung tahunan KVMM diperengkat pusat. Ini akan disusul dengan bantuan kewangan untuk membolehkan mereka bergerak sesuai dengan perkara-perkara yang diputuskan. Negeri-negeri boleh juga mengambil initiatif untuk menganjurkan berbagai program sesuai dengan keperluan negeri masing-masing.

Negeri Sembilan dan Kedah tidak termasuk dalam perlantikan ini kerana mereka berdaftar dan mempunyai perlembagaan sendiri.

Malang sekali hingga hari ini tidak ada negeri-negeri yang dapat menjalankan program-program kecuali apabila didesak oleh pusat. Trend ini amat menyedihkan kerana ianya mencerminkan berbagai masalah:

1.  Kepimpinan negeri yang lembab

2.  Tidak mengadakan mesyuarat jawatankuasa secara berkala

3.  Tidak mempunyai daya fikir yang membangun.

4.  Tidak memahami peranan Jawatankuasa Negeri.

5.  Malas dan bersikap acoh tak acoh.

 

Apa pun masalah mereka, perlulah ada sikap bertanggung jawab untuk melepaskan jawatan kepada ahli yang lebih mampu dan bersemangat untuk terus berjuang membangunkan masyarakat atas nama MAYC.

Jelajah Perpaduan yang akan dijalankan mulai bulan depan adalah bertemakan masalah ini dengan harapan ianya dapat diselesai dalam masa yang terdekat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: