K-POP MENGHIMPUNKAN SEJUTA BELIA

Setelah menjawab berbagai soalan dari anggota PAC, akhirnya bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Shabbery Chik didapati tidak terlibat dalam salah laku menggunakan dana Kerajaan dalam penganjuran konsert K-pop sempena perhimpunan sejuta belia pada tahun lalu. Semuanya mengikut proses dan prosedur yang dibenarkan.

Penganjuran konsert K-Pop pada banyak pihak merupakan suatu serangan secara terang-terangan khususnya terhadap pemikiran belia yang menghasilkan pelbagai kesan negatif terhadap mereka.

Ustazah Norsaleha Mohd Salleh.berkata perkara tersebut mampu mempengaruhi minda remaja kerana mendorong mereka untuk terikut-ikut dengan budaya luar.

“Kita diserang melalui pemikiran yang merosakkan minda, cara berfikir, kewarasan berfikir kita dan jati diri umat kita, bahkan secara tidak langsung serangan ini menyerang akidah kita.”

Ustazah Norsaleha turut menyifatkan konsert K-Pop sebagai suatu yang melampau berikutan unsur-unsur porno yang ditonjolkan di dalam persembahan mereka.

“Banyak di sana unsur-unsur porno dan juga promosi pergaulan bebas di antara lelaki dengan perempuan, lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan dan ini satu perkara yang sangat bahaya kepada identiti dan jati diri golongan belia.”

Kita harus menilai ini sebagai sesuatu yang boleh dilakukan perubahan untuk mempastikan wang Kerajaan tidak digunakan untuk memusnahkan akhlah belia-belia itu sendiri.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Bangi Valley, Hj Ali Ahmad pula berkata tiada unsur positif yang terdapat di dalam konsert tersebut melainkan hiburan yang melalaikan semata-mata.

“Kalau tujuannya semata-mata hiburan, memang melalaikan. Bahkan hiburan yang boleh memberikan sesuatu seperti menghilangkan tekanan, jangan letakkan itu sebagai prioriti dalam kehidupan kita kerana wawasan kita adalah lebih jauh,” jelasnya.

Kerajaan harus berhati-hati dalam membenarkan penganjuran konsert saperti ini. Anak-anak kita harus diajar untuk menikmati kesenian kita sendiri kerana di Malaysia tidak kurang adanya kumpulan pemusik dan penghibur yang handal.

%d bloggers like this: