KOPERASI VETERAN MAYC

Koperasi Veteran MAYC telah mengadakan roadshow pertamanya semalam 30/11/2014 di Hotel Seri Malaysia, Kuantan, Pahang. Koperasi yang ditubuhkan pada 5hb Ogos yang lalu sedang mendapatkan seramai ahli yang boleh untuk memulakan perniagaannya.
Diantara bidang perniagaan yang akan ceburi koperasi ini adalah (1 ) Kedai 1Malaysia (2) Kedai Ar-Rahnu dan (3) Pengurusan Hotel di Makkah. Datuk Mohd Yusof Hamid ketika berucap dimajlis pelancaran tersebut berkata pada yang sama pengurusan koperasi sedang meneliti cadangan skim insuran “ cash guarantee plan “ yang boleh melindungi anggota Koperasi terutama yang kebanyakannya berumur lebih dari 60 tahun.”
Tambahnya “ pengurusan koperasi sedang mengenalpasti sebuah pejabat baru yang lebih sesuai dan selesa kepada anggota.”
Semua veteran MAYC dipelawa untuk menjadi ahli dan mendapatkan faedah yang akan dapat diraihkan dalam jangka yang tidak terlalu lama.
Taib Wahab, Setiausaha Agung Kelab Veteran telah menyampaikan sumbangan kewangan sebesar RM50,000 dari Kelab Veteran MAYC kepada Datuk Mohd Yusoff Hamid, selaku Pengerusi Koperasi.
Roslan Madun, aktivis MAYC dan seniman terkenal telah bersetuju untuk mengadakan satu show budaya pada satu majlis makan malam pungutan derma untuk koperasi yang akan diadakan tidak lama lagi.
Semua pertanyaan mengenai koperasi ini boleh ditujukan kepada Sdr Ruslan Zainal Abidin 019 277 8688.

One Response

  1. Assalamualakum wbt salam hormat Tuan..saya nak bertanya ada tak program bantuan perniagaan spt perniagaan franchise yg kecil2 contohnya? Saya pernah bergiat aktif dalam MAYC malah banyak kali pernah hadiri program2 bersama dengan Veteran. Saya amat berminat ingin sertai satu perniagaan ini yg berpontensi besar ini malangnya ketiadaan modal yang mencukupi menghalang saya. Jika ada skim seperti Pinjaman Perniagaan dan sebagainya boleh tak jika diberikan barang sedikit pencerahan. Terima kasih atas sebarang maklumbalas semoga sentiasa dirahmati Allah SWT dalam berbuat kebaikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: