WISMA BELIA, WISMA TERBIAR (2)

KAMI ada menerima E-mail dari Sdr hairi9380@gmail.com yang memberi komentar saperti berikut:

Saya cadangkan pihak tuan perlu pergi mendapatkan pihak pengurusan untuk dapat kepastian,bukan sekadar pergi melihat dan membuat keputusan dan kesimpulan sendiri tentang wisma belia,kemungkinan ada perancangan jangka panjang yg di luar pengetahuan tuan,

Pada hemah saya yg berada di kepimpinan mayc di peringkat bawah, melihat sikap dan bekas kepimpinan mayc seperti ini,yg hanya menuduh tampa usul periksa membuatkan saya menjadi mual untuk mengaku akan mewarisi kepimpinan mayc di masa akan datang,

Apa yg saya katakan ini adalah berlandaskan apa yg saya telah saya dengar setelah berbual dengan diantara org yg meguruskan wisma ini.tentang perancangan jangka panjang pengurusan mayc tentang wisma belia pada dua minggu lepas,

Semasa menginap di wisma tengku yang di sewa oleh majikan saya secara bulanan,jadi sy sering berada di situ dan tahu serba sedikit perkembangan wisma yg kita sayangi ini.

Jadi nasihat saya kepada tuan,selidik dan pergi berjumpa dengan pengurusan wisma dan salurkan maklumat yg benar, kepimpinan melalui teladan.”

KITA  mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Sdr Hairi kerana memberi cadangan yang sangat baik. Oleh itu kami bercadang untuk membuat lawatan ke Wisma Belia pada 7 Disember 2013 jam 2.00 petang. Kalau boleh Sdr Hairi ikut sama dan jika boleh bantu kami untuk pastikan pihak pengurusan Wisma Belia berada pada waktu tersebut. Rombongan dari Kelab Veteran terdiri dari lima orang JKK sahaja.

2 Responses

  1. Terima kasih atas jempuan,sy akan berada di wisma belia pada pukul 2pm,tp saya memohon maaf kerana tidak mempunyai kuasa untuk memastikan pihak pengurusan Wisma MAYC akan bersama,sy cadangkan agar membuat lawatan rasmi dengan cara menghantar surat untuk lawatan oleh pihak tuan.

    sy berharap lawatan ini adalah lawatan yang ‘bersih’ dan tiada agenda yg tersirat,kembalikan percaya dan hormat ahli2 MAYC muda seperti sy kepada veteran MAYC. Dan seperti sy katakan tadi,sy tidak mempunyai apa2 kuasa mahupun apa2 jawatan di Wisma MAYC,hanya megambil kesempatan ini untuk bersua muka serta berkenalan dengan golongan veteran.tq

    noor hairi

  2. Sy masih di wisma belia,no tel telah sent ke email tuan,jika tiba sila hubungi saya,tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: