PROGRAM PERTANIAN VETERAN MAYC

Akan dilancarkan tidak lama lagi sebuah program pertanian khusus buat mereka yang sudah dihujung usia tetapi tetap mahu terus menjalankan kegiatan harian mereka saperti biasa.

Program latihan pertanian ini akan diadakan ditapak Kolej Pertanian di Sintuk berhampiran dengan UUM. Berbagai modul latihan sedang dirangka untuk mempastikan yang ianya relevan dan mampan.

Setiausaha Agung Veteran MAYC, Taib Wahab selasa lalu telah melawat tapak Kolej ini bersama dengan Helmi Radzi, wakil Setiausaha Agung di Kedah dan dipandu oleh Timbalan Pengarah Kolej dan seorang pembantunya. Dalam lawatan dibeberapa tapak program yang sedia ada ternyata lengkap dan mempunyai potensi dibangunkan sebagai tempat latihan yang sangat baik.

Sudah sedia ada asrama untuk lebih kurang 400 orang peserta program lengkap dengan kemudahan asas serta disokong oleh pensyarah dan pelatih dari Kolej itu sendiri. Kawasan kolej ini juga mempunyai suasana yang sesuai bukan sahaja untuk mengikuti program latihan tetapi juga sebagai tempat bercuti dan bersantai kerana kedudukannya disempadan Thai tidak jauh dari Bukit Kayu Hitam.

Satu surat hasrat akan diserahkan kepada pentadbiran Kolej tidak lama lagi dan program pertama akan diadakan pada cuti sekolah pertama tahun hadapan. JKK Veteran MAYC Negeri diminta mengadakan mesyuarat JKKnya untuk berbincang mengenai program ini.

Program ini akan memberi latihan tentang berbagai aspek menggunakan kawasan kecil, tenaga dan ilmu untuk menfaatkan tanah sekecil manapun dikawasan rumah kita yang akan ditanam berbagai jenis pokok sayuran dan ternakan kecil-kecilan untuk digunakan sendiri dan untuk jiran-jiran kita. Jika diamalkan setiap hari ianya akan membuat kita sihat dan dapat menambah pendapatan selain dari wang pencen yang sedia ada.

Program ini juga amat sesuai bagi gulungan muda yang ingin menceburkan diri secara serius dalam bidang pertanian dan tidak mahu hidup dengan makan gaji sahaja.

Nantikanlah pengumuman selanjutnya.

APA KATA AKRAMSYAH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: