BUAT YANG KALAH

Bagi mereka yang kalah dalam pemilihan berbagai jawatan dalam UMNO tidak semestinya mereka gagal. Mereka cuma menangguhkan kemenangan mereka untuk pemilihan akan datang. Ini termasuklah beberapa orang calun dari MAYC dan Veteran MAYC.

KVMM mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada calun pilihan kita yang telah berani menjadi calun dan bersedia untuk kalah. Perwakilan telah memilih dan membuat keputusan. Sama ada didorong oleh wang, janji manis atau apa pun, mereka sudah memilih calun yang menang. Oleh itu tidak ada lagi yang perlu dipersoalkan lagi.

Bagi yang kalah, KVMM ingin menyeru agar terus berjuang untuk menegakkan kebenaran, dan bekerja keras untuk menghapuskan politik wang bukan sahaja dalam UMNO tetapi juga dalam pentadbiran kerajaan.

Bagi yang menang KVMM juga ingin mengucapkan tahniah kerana telah berjaya menggunakan wang, jawatan, jabatan dan berbagai lagi. Jelas sekali penggunaan strategi ini telah menghasilkan yang terbaik untuk diri anda. Cuma diharapkan penggunaan wang itu adalah sebagai amal jariah dan tidak seharusnya digunakan untuk mendapatkan pulangan semasa memegang jawatan.

CampsBaySunset

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: