MENGAPA PILIH AKHRAMSHAH SANUSI

Photo

Antara sebab kami menyokong Akhramsyah sebagai Ketua Pemuda adalah kerana beliau mempunyai latar belakang yang jelas dan mudah dirujuk Dari hasil rujukan dan kajian latar belakangnya, beliau bukanlah calang-calang orang. Maksudnya di sini, beliau adalah anak Melayu yang berusaha gigih dalam kerjaya profesionalnya dan tidak mengharapkan kekayaan bapa atau bapa mertua untuk berjaya Untuk catatan, beliau berkelayakan Masters dalam Kejuruteraan Kimia dari sebuah universiti ulung di London .
Beliau berpengalaman luas dalam bidang minyak dan gas dan pernah bekerja di Siberia, menggalas tanggungjawab besar di sana. Kehidupannya agak sederhana. Walaupun bekerjaya, beliau tidaklah tinggal di mahligai mewah, mahupun rumah banglo. Rumahnya hanya sebuah rumah teres di pinggir bandar. Kenderaan yang dipakainya pula adalah Toyoya Innova, dan sebuah lagi Proton Waja. Beliau tidaklah memiliki “harta terlebih banyak” sehingga boleh memakai nombor plat kereta menggunakan “initial” namanya seperti orang kaya-kaya Inilah calon Melayu-Islam tulen yang berwibawa. Anda tidak kenal beliau?
Memang. Sebab dia bukan jenis yang “poyo” , suka mencari publisiti murahan dengan menentang dasar-dasar kerajaan demi nak dapatkan “spotlight media”. Saudara Akhram bukan spesis seperti itu. Walaupun Akhramsyah dianggap calon yang kurang dikenali, tetapi bagi yang mengenali beliau, beliau merupakan calon terbaik bagi memimpin Pemuda Melayu. Kurang rhetorik, lebih kuat bekerja Orang yang tidak pernah alami susah payah bekerja, tiba-tiba jadi kaya-raya tentulah tidak suka kepada saingan yang berusaha dari bawah. #sayangiUMNO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: