BERAKHIRNYA KEBEBASAN DALAM KAMPUS

Sudah didedahkan hari ini wujudnya campur tangan politik dalam kampus Universiti Malaya (UM) dengan cubaan merekrut calon kumpulan Pro Aspirasi oleh parti tertentu.

Pengerusi Pro M Abdul Muqit Muhammad berkata, cubaan itu dilakukan dengan menggunakan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan menganjurkan satu kursus Transformasi Minda.

Bagaimanapun, katanya, timbul persoalan apabila kursus tersebut cuma dihadiri 43 peserta iaitu menyamai jumlah kerusi dipertandingkan bagi pilihan raya kampus UM.

“Tambah mencurigakan apabila kita menerima beberapa dokumen termasuk programf kursus tersebut apabila memjemput bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Dr Mohammad Fairus,.

Abdul Muqit berkata, dokumen yang diterima daripada sumber dalaman HEP itu mengesahkan kursus tersebut bertujuan bagi pemantauan jentera dan calon pilihan raya kampus UM bukan untuk peningkatan jati diri seperti didakwa Timbalan Naib Cancelor.

“Peserta juga diedarkan dengan beberapa poster seperti ‘50 dalil menolak DAP’ termasuk aku janji Barisan Nasional,” katanya.

“Saya tidak menerima apa-apa emel dari mereka dan bagi saya ini adalah perkara biasa apabila hampir dengan pilihan raya kampus, mereka akan timbulkan beberapa isu untuk tuduh universiti,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Timbalan Naib Cancelor Profesor, Datuk Dr Rohana Yusof, berkata.”Kita tidak ada masa untuk semua itu, biarlah mereka namun kita akan ambil tindakan bagi yang mengadakan bantahan terbuka termasuk menggunakan pembesar suara kerana itu tidak dibenarkan,”

Kenyataa tersebut dirasakan tidak matang dan pelajar-pelaar yang membantah sepatutnya dibawa berunding.

Ini bukanlah pertama kali isu ini timbul dalam kampus UM atau mana-man kampus sekalipun. Kebebasan dalam kampus sudah lama tidak lagi wujud,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: