PENGGUNAAN BAHASA MELAYU HARUS DIPERTINGKAT

Meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu merupakan bidang keberhasilan berimpak tinggi yang harus digerakkan dalam melaksanakan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di institusi pengajian tinggi,

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peratusan pengajaran dalam bahasa Melayu bagi kursus kritikal di institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini sepatutnya dipertingkat.

Veteran MAYC amat menyokong gagasan ini dan percaya langkah itu bukan bermakna menolak bahasa Inggeris yang merupakan bahasa antarabangsa tetapi sebagai usaha untuk meletakkan bahasa Melayu pada tempat sewajarnya.

Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, negara China, Jepun dan Korea mengutamakan bahasa ibunda dalam usaha pemerolehan ilmu pengetahuan tetapi turut menguasai bahasa utama dunia yang lain.

Berucap melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan 2013 semalam Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Bulan Bahasa Kebangsaan 2013 berkata, beliau sedar bahawa kursus kritikal seperti kejuruteraan undang-undang dan perubatan menggunakan bahasa Inggeris.

Bagaimanapun, katanya, sepatutnya daripada tahun ke tahun terdapat usaha mengubah peratusan pengajaran daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu.

Tamabhnya, bagi menggalakkan golongan pensyarah di institusi pengajian tinggi awam dan swasta menghasilkan karya ilmiah dalam bahasa Melayu, golongan penulis yang aktif menghasilkan karya seumpama itu diharapkan menerima pengiktirafan dan insentif.

Beliau juga berkata, penulisan ilmiah dalam bidang kritikal seperti undang-undang, kejuruteraan dan perubatan dalam bahasa Melayu sewajarnya dihargai.

Kerajaan turut menyarankan satu daripada syarat kenaikan pangkat pensyarah ialah menulis buku ilmiah atau makalah ilmiah dalam bahasa Melayu.

Pelan tindakan itu yang dilancarkan sejak 2011 antara lain bertujuan mengukuhkan bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan dan penerbitan.

Setelah tiga tahun pelan tindakan itu dilancarkan, keberkesanan pelaksanaannya belum dapat dilihat.

“Saya dapati masih banyak kursus di institusi pengajian tinggi menggunakan bahasa Inggeris,” katanya lagi.

Sementara itu, Tan Sri Muhyiddin berkata, soal memperkasakan bahasa kebangsaan bukan hanya dipikul oleh warga pendidik malah harus juga disokong oleh seluruh rakyat.

“Dalam negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia, kefahaman, toleransi dan sikap keterbukaan harus menunjangi apa jua program kebahasaan dan pendidikan.

“Inilah kekuatan yang ada dalam masyarakat kita yang harus dipelihara selamanya untuk menjamin keharmonian negara,” katanya.

AZMI ISMAIL JUARA SAYEMBARA DEKLEMASI PUISI GAPENDA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: