LAPORAN ODIT NEGARA

PERANAN SETIAUSAHA AGUNG MAYC Sebagai sebuah negara demokrasi yang mengamalkan pentadbiran terbuka, Malaysia harus ada sistem yang boleh mengawasi pentadbiran negara terutama sekali dari segi kewangannya. Oleh yang demikian dilantik Jabatan Odit Negara yang mengawasi pengurusan kewangan negara. Sebuah laporan akan dikeluarkan untuk tindakan jabatan-jabatan yang berkenaan sebagai usaha untuk memperbaiki sistem yang sedia ada. Ini termasuklah menggunakan wang rakyat untuk tujuan-tujuan yang tidak munasabah.

Walau bagaimanapun bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam laporan Sinar Harian beberapa hari yang lalu, membidas Laporan Ketua Audit Negara yang didakwanya sebagai culas.

Menurutnya, Laporan Ketua Audit Negara gagal menjelaskan perkara sebenar di mana wang sumbangan itu juga turut disalurkan ke akaun Majlis Sukan Negara (MSN).

“Wang tajaan dimasukkan ke dalam akaun MSN bagi melancarkan pengurusan Hari Belia Negara. Dakwaan pihak AG Audit yang menyatakan KBS membayar K-Pop pada Hari Belia Negara dengan jumlah RM1.6 juta adalah benar kerana ianya adalah dari wang tajaan.

“Pihak AG Audit culas dalam menjelaskan pekara sebenar kerana Wang Sumbangan yang dimasukkan ke dalam Akaun Majlis Sukan Negara tidak dinyatakan oleh pihak Audit Negara sebaliknya hanya mengambil kira wang yang keluar dari akaun KBS,” katanya yang dipetik dalam laman akaun Facebooknya hari ini.

Akhbar Sinar Harian telah melaporkan, Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan kerajaan membelanjakan RM1.6 juta untuk membawa masuk tiga kumpulan K-Pop dari Korea Selatan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012, tahun lalu.Tiga kumpulan itu ialah U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet.

Laporan itu menyatakan, jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada perbelanjaan RM2.94 juta untuk menjayakan program tersebut.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut ditegur oleh Ketua Audit Negara kerana berbelanja terlalu tinggi dan tidak menepati perbelanjaan berhemat yang sepatutnya diamalkan kerajaan.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery yang juga Menteri Komunikasi dan Kebudayaan berkata, wang yang tajaan sebanyak RM20 juta untuk menjayakan Hari Belia Negara turut disalurkan ke akaun MSN bagi melancarkan pengurusan program tersebut.

Dengan kenyataan itu jelas menunjukkan bahwa Menteri berkenaan tidak akan berubah sikap dan akan terus mengadakan program yang membazir. Malang sekali bagi negara kita ada ramai lagi Menteri-menteri saperti ini dalam kabinet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: