MENCARI SALAH ORANG

Kempen UMNO sedang dicemari hal buruk memburukkan calun lawan. Ada yang menyebarkan risalah menuduh seseorang calun tidak mempunyai diploma dan hanya pemegang sijil SPM sahaja. Kadangkala usaha ini nampaknya memakan diri sendiri. Kecenderongan ini telah lama menapak dikalangan calun UMNO dan tidak pernah mahu dibanteras.

Ramai pula calun dalam kategori ini terpaksa bertenggek di atas nama-nama pemimpin besar seperti Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak dan Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri.

Mereka seoalah-olah mengharapkan dapat diangkat ke jawatan-jawatan yang ditandingi dengan cara ini.

Malah dilaporkan calun-calun tersebut tidak mahu ketinggalan pada majlis memperkenalkan calun dimajlis yang dihadiri oleh kedua pemimpin ini.,

Malang sekali nasib mereka jika gagal kerana usaha mereka ini tentunya menjatuhkan sedikit imej pemimpin besar UMNO ini.

Calun lawan berusaha terus untuk mencari kesalahan penyandang supaya mereka dapat dipilih dengan cara ini. Sekiranya mereka menang, sudah pasti mereka tidak berupaya menjalankan tugas lebih baik dari penyandang.

Cara berkempen saperti ini hendaklah dihentikan oleh UMNO, dan mereka yang terlibat perlulah dihukum sesuai dengan kegiatan mereka sama dengan kesalahan politik wang dan salah guna kuasa bagi calun-calun dikalangan menteri kabinet dan sebagainya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: