K POP DAN AKIBATNYA

Ada berbagai cara kita boleh melakukan pembaziran. Pertunjukan konsert K-Pop dari Korea adalah contoh yang terbaik. Sama ada bayaran RM 1.6 juta kepada kumpulan tersebut dibuat oleh Kerajaan yang menggunakan wang rakyat atau ditaja oleh pihak tertentu tidak lagi menjadi isu. Soalnya sekarang Malaysia sudah menjadi sebuah negara yang boros dengan berbelanja kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah kecuali untuk anak-anak muda yang hendak diseronokkkan oleh Kementerian yang berkenaaan.

Demi untuk mengumpulkan 1 juta jiwa muda disatu tempat maka jumlah tersebut sudah dibelanjakan. Ini tidak termasuk kos-kos lain yang perlu diadakan untuk mengadakan konsert bodoh tersebut.

Kita tidak pernah mahu belajar dari kesilapan masa lalu dimana perbelanjaan dibuat tanpa mengira kesannya kepada simpanan negara dan yang lebih parah lagi kesannya terhadap anak-anak muda sekarang.

Kelab Veteran MAYC amat kesal dengan episod ini sehingga ianya dipersoalkan dalam laporan odit negara dan menggesa kerajaan supaya berhati-hati dalam berbelanja lebih-lebih lagi kepada perkara yang hanya akan merosakkan lagi nilai dikalangan anak muda kita.

DSCF1263

( Gambar fail : perbincangan  dengan Menteri Belia dan Sukan mengenai K-Pop pada tahun lalu. Dari kiri Hj Saadon Saruji, Taib Wahab, Datuk Seri Ahmad Shabbery Chik, Datuk Yusoff Hamid dan Maznah Abdullah. )

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: