HARI WARGA EMAS DISAMBUT MERIAH

CampsBaySunsetKelab Veteran MAYC Malaysia menjadi pelupor Hari Warga Emas sedunia tahun ini dengan jayanya mengadakan sambutan di Perumahan Seri Perak, Bandar Baru Sentul semalam.

Program bersama Rukun Tetangga, Perkim, dsn Pusat Kesihatan Sentul itu diadakan pada jam 8.00 hingga 11.30 pagi di Pusat Pemulihan Kesihatan Perkim.

Program dimulakan dengan senamrobik yang disertai oleh lebih dari 40 orang yang sedang dirawat di pusat tersebut.

Satu penerangan kesihatan telah disampaikan oleh Dr Inthirani Sivaraja dari Klinik Kesihatan Batu sesudah itu dan beliau menyatakan bahwa lebih dari 8% atau 2.5 juta rakyat negara ini adalah warga emas. Ini adalah kerana program kesihatan yang berjaya melanjutkan umur penduduk kita. Rata-rata kaum wanita hidup lebih lama dari kaum lelaki.

Oleh yang demikian, katanya Kerajaan mesti terus bersedia dengan isu-isu warga emas terutama sekali mengenai penjagaan mereka.

Mereka sentiasa diancam masalah kehormatan. maruah dan martabat diri. Perasaan dan keselamatan mereka perlulah dijaga sepanjang masa untuk menjadikan mereka lebih berdikari.

Peruntukan undang-undang dan persekitaran yang sesuai dan selesa perlulah diadakan bagi menjamin kesejahteraan mereka.

Datuk Mohd Yusoff Hamid. Timbalan Presiden dalam ucapannya berkata Kelab Veteran akan terus berusaha untuk membantu warga emas dalam program-program kita. Masaalah kurang keyakinan diri, kekeciwaan, kesunyian, sikap rendah diri dan keresahan adalah bidang-bidang penting yang akan ditangani.

Beliau menyeru supaya semua pihak termasuk kaum keluarga memberi keutamaan dalam hidup mereka seharian.

Dr Dominic Lau Hoe Chai, Penyalaras Pusat Perkhidmatan BN Kawasan Parlimen Batu telah berucap meresmikian sambutan berkata usaha-usaha yang sedang dijalankan oleh Kelab Veteran MAYC amatlah dihargai dan Pusat Perkhidmatannya akan membantu sungguhpun peruntukan kewangan buat masa ini belum lagi ada.

Turut berucapkan sambutan itu adalah Pemangku Pegawai Perpaduan Daerah Sentul dan Timbalan Pengarah Perkim Pusat.

Saringan kesihatan telah diadakan sepanjang sambutan. Cabutan bertuah juga telah diadakan disamping bingkisan untuk warga emas yang hadir.

Kelab Veteran telah menyampaikan sumbangan tiga buah tilam yang digunakan khas untuk khidmat pisioterapi diklinik tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: