MEMPERKASAKAN EKONOMI ORANG MELAYU

VETERAN MAYC ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Perdana Menteri diatas pengumuman untuk memperkasakan ekonomi orang-orang Melayu yang dibuat pagi semalam di Dewan Agung Tuanku Canselor UITM.

Tidak perlu lagi penjelasan lanjut dari Datuk Seri Najib Razak berhubung bilangan syarikat Bumiputera dipasaran sekarang dan tahap kemajuan mereka. Yang perlu sekarang kita mengambil tindakan susulan yang berkesan.

Kita berharap Perdana Menteri dapat menyediakan lebih banyak lagi kemudahan untuk orang-orang Melayu bersaing bukan sahaja dipasaran tempatan malah diperengkat gobal juga.

Walau bagaimanapun perlu ada definisi terhadap sasaran berasaskan hasil kerana kita mesti pergi ke akar umbi isu mengenai pembangunan modal insan orang-orang Melayu.

Perlu juga diadakan mekanisme yang tepat untuk meningkatkan kualiti graduan Melayu kerana golongan berkenaan kini berdepan dengan pengangguran.

Kita juga perlu memastikan bahawa program latihan semula dalam apa bentukpun perlu didorong oleh keperluan pasaran.

Kami turut berharap Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) dapat menyatukan kesemua program Bumiputera di bawah agensi, kementerian dan syarikat milik kerajaan.

Dengan ini dapat keseimbangan yang menyeluruh serta dapat dijalankan secara telus.

Semoga semua yang memainkan peranan ini mampu melaksanakannya  dan akhirnya mencapai matlamat supaya agenda pembangunan Melayu dapat memberi impak pada tahun 2020.

Semua yang mengambil bahagian dapat melakukannya secara berkesan bersama Perdana Menteri dan Kerajaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: