PROSES PENUAAN

Kesihatan merupakan satu anugerah Tuhan yang tidak ternilai menjadi tua adalah satu proses semulajadi yang biasa dan berterusan yang dialami oleh semua insan. Namun begitu, cepat atau lamabatnya seseorangmenjadi tua adalah berbeza. Cara yang baik untuk terus sihat dan cergas,walaupun usia telah meningkat, adalah dengan menjaga badan dan fikiran supaya selalu aktif.

Menjadi tua adalah perkara biasa
Proses penuaan berlaku sejak kita dilahirkan.Namun begitu tidak ramai yang menyedari perubahan sehinggalah mereka mengalami perubahan diri atau pemikiran disebabkan oleh proses perubahan fisiologi yang berlaku.

Walaubagaimanapun, tidak semua orang menjadi tua dengan cara dan kadar yang sama. Ada orang kelihatan tua dan berlagak tua apabila berumur 60 tahun, manakala ada orang yang masih aktif walaupun telah berumur 80 tahun.Ini adalah disebabkan oleh perbezaan dari cara hidup dan keturunan.

Perubahan yang biasa berlaku:-
Kulit akan menampakkan tanda kedut di muka, kulit lebih kering dan mungkin bertompok, sendi, tulang dan otot tulang mudah patah, otot menjadi lemah, sendi jadi kaku, mata mula rabun dekat, penglihatan menjadi kabur, pendengaran akan menjadi kurang pendengaran kepada bunyi nyaring, deria rasa dan bau akan menjadi deria rasa dan bau bertambah kurang. Perubahan-perubahan lain yang berlaku adalah seperti tindakbalas lebih lambat, penghadaman menjadi lambat, saluran darah lebih keras dan kurang elastik, keupayaan jantung mengepam berkurangan, kurang keupayaan mengawal kencing, daya ingatan terutama kepada peristiwa baru menjadi kurang kekeliruan mungkin berlaku.

Kehidupan pada usia anda boleh menjadi lebih menarik jika perubahan-perubahan biasa yang berlaku dalam usia tua di terima secara positif. Usia tua anda lebih bermakna sekiranya kesihatan terjaga. Ini boleh dicapai dengan mengamalkan cara hidup sihat seperti berikut mengekalkan berat badan unggul, amalkan makanan seimbang, bersenam secara tetap, berhenti merokok jika merokok, melakukan pemeriksaan perubatan dan gigi secara tetap, nikmatilah aktiviti bersama keluarga dan rakan, luangkan masa untuk berehat dan beriadah.

Kesimpulannya
Perubahan penuaan yang biasa bukanlah sesuatu proses yang menakutkan. Lambatkan proses penuaan dengan mengamalkan cara hidup sihat. Kebanyakkan orang-orang tua yang saya temui berumur 80 hingga 90 tahun dan bertanya tentang petua mereka mengatakan mengatakan jaga makan dan kurangkan makan serta tidak makan daging ayam. Aku bersyukur dah 2 tahun saya berhenti makan daging ayam…

Selamat mencuba.

dari blog MEDIKTV. WORDPRESS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: