MENJEJAKI VETERAN MAYC

Inilah masanya untuk kita menjejaki kawan-kawan lama yang pernah bersama dalam pergerakan MAYC terutama sekali yang sangat sukar dihubungi kerana sudah pulang ke kampong. Mengambil sempena idul fitri ini kita harus tingkatkan usaha untuk dapat mencari kawan-kawan lama yang seiring jalan dalam pergerakan MAYC.

Mereka ini harus diberi semangat untuk berjumpa semula dengan kawan-kawan yang akan berkumpul di Seremban pada Ahad 01hb September ini. Mereka ini harus dipujuk dan diberi kemudahan untuk datang.

Sebanyak 12 buah meja sudah dikhaskan untuk veteran dari negeri-negeri dan jika perlu akan ditambah.

Datuk Nasir Safar berkata kekuatan Kelab Veteran diukur dari ramainya yang hadir dimajlis ini. Beliau menggesa semua ahli yang membaca blog ini menyampaikan berita ini kepada semua kawan-kawan dimana saja mereka berada dan kalau boleh memuatkannya didalam facebook masing-masing.

Beliau memohon agar semua Pengerusi negeri mengambil berat tentang hal ini.

Advertisements

MEMERANGI JENAYAH BERAT

Sejak akhir-akhir ini telah berlaku banyak pembunuhan dan lain-lain jenayah berat dinegara kita. Apakah sebenarnya yang menyebabkan semakin bertambah berlakunya jenayah dinegara kita.

Sebuah forum untuk membincangkan dan mencari jalan selesai mengenai hal ini akan diadakan pada 24hb Ogos 2013 di Sunway Resort Hotel anjuran ASLI.

Kelab veteran akan menghantar tiga orang peserta di forum ini yang diketuai oleh Timbalan Presiden Datuk Yusoff Hamid.

Sejak MAYC ditubuhkan sudah menjadi misi kita untuk menggelakkan ahli kita dari terjebak dalam kegiatan jenayah. Oleh itu berbagai program sudah dijalankan untuk membantu kerajaan menangani masalah jenayah di negara ini.

Penganjuran forum ini amat kena pada masanya dan diharap dapat mencari jalan bagaimana kejadian jenayah dapat dikurangkan kalau tidak dapat dihapuskan sama sekali.

MENCARI ‘ BUSINESS MODEL ‘ YANG SESUAI

Menubuhkan sebuah syarikat koperasi bukanlah mudah. Mencari business model untuk koperasi adalah lebih sukar. Ini memandangkan sudah terlalu banyak koperasi ditubuhkan dinegara ini dan begitu jenis perniagaan yang sedang dijalankan.

Berbagai cadangan sudah diterima mengenai apakah jenis perniagaan yang boleh dijalankan oleh Koperasi Veteran ini.

Datuk Nasir Safar, Presiden Kelb Veteran berpendapat bahwa teras perniagaan koperasi kita mestilah dalam bidang peruncitan kerana ahli-ahli kita adalah pengguna dan beliau mencadangkan agar KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA ditubuhkan koperasi kita.

Business model ini agak mudah kerana ianya sudah sedia ada dimana-mana dan ” entry cost” nya juga tidak tinggi. Cuma mungkin persaingannya agak hebat dengan sudah adanya berbagai jenis kedai runcit dengan menggunakan berbagai jenama yang terkenal.

Pengerusi syarikat Koperasi, Datuk Mohd Yusoff Hamid pula berpendapat bahwa bisness Ar-Rahnu, pajak gadai Islam boleh dijalankan dengan mengadakan rangkaian Ar-rahnu ini diseluruh semenanjung Malaysia. Kepakaran dalam bidang ini juga mudah diperolehi.

Oleh yang demikian perlulah difikirkan dalam-dalam apa jenis perniagaan yang hendak dijalankan oleh koperasi dengan mengambil kira kemampuan modal dan pengurusan yang ada pada kita..

SUMBANG KEWANGAN UNTUK NEGERI-NEGERI

Datuk Nasir Safar, Presiden Kelab hari ini menegaskan bahwa semua sumbangan kewangan untuk tahun ini akan disampaikan sendiri oleh beliau dimajlis Aidil Fitri yang akan diadakan pada 1hb September 2013 di Seremban International Glof Club.

Sumbangan ini adalah untuk membolehkan negeri-negeri membiayai pentadbiran dan juga perjalanan untuk anggota mereka menghadiri mesyuarat dan sebagainya.

Beliau menegaskan lagi tidak akan ada lagi sumbangan selepas majlis tesebut. Ini adalah untuk memudahkan pentadbiran sekretariat.

Bagi negeri-negeri yang tidak mengadakan sebarang kegiatan atau pun tidak menghadiri sebarang perjumpaan atau mesyuarat, penerimaan sumbangan ini boleh ditundakan pada tahun hadapan.

Pengerusi-pngerusi negeri hendaklah mempastikan kewangan kecil ini dapat diurus dengan baik dan boleh digunakan untuk program-program yang akan menjana penambahan tabungan mereka.

Beliau menyeru semua negeri hadir di majlis idil fitri ini untuk bersilurahim dan bertukar-tukar fikian dengan pimpinan dari negeri-negeri lain.

AGIHAN BANTUAN RAYA

Program memberi bantuan kepada yang memerlukan akan bermula hari ini ini.

Presiden KVMM Datuk Nasir Safar berkata program ini akan bermula hari ini di DUN Pontian. Beliau dengan sokongan veteran Negeri Johor akan mengagihkan barangan yang diperlukan untuk Hari Raya kepada 200 penerima dikediaman masing-masing.

Tambahnya, ” Cara ini agak berbeda dari tahun-tahun sudah dimana pemberian dibuat disatu lokasi yang memerlukan pengangkutan dan sebagainya.”

Dengan cara ini juga, katanya akan memberi peluang kepada kita untuk meninjau keberadaan mereka yang dhaif.

Ini adalah tahun yang ketiga program ini diadakan didaerah ini dan diharap ianya akan berterusan dimasa akan datang.