ADAT JAWA YANG MAHU DILESTARIKAN

Kebanyakan rakyat negeri Johor terdiri dari keturunan Jawa yang ibu bapa mereka telah berhijrah ke negara ini sejak dua keturunan yang lalu. Mereka datang ke Malaysia untuk jadi peneroka sebelum wujudnya Felda dan agensi peladangan yang lain.

Kalau terjumpa dengan kampong-kampong yang namanya bermula dengan nama Parit maka disitulah terdapat masyarakat Jawa yang masih lagi menggunakan bahasa Jawa mereka.

Saya dengan YB Mohd Ismail Roslan, ADUN Semerah dan Pengerusi Kelab Veteran Negeri Johor telah berkunjung ke Parit Haji Noor, Parit Sulung, Batu Pahat, Johor untuk menghadiri majlis idul fitri yang lebih dikenal dengan acara “rewang ”

Majlis ini dijalankan seratus peratus bergotong royong di rumah ketua kampong atau Pengerusi JKKK. Orang-orang lelaki muda dikampong itu memasak nasi biryani yang rasanya sama dengan Nasi Biryani Gam Hj Md Shah di Batu Pahat. Makanan diletakkan didalam satu dulang besar dan akan dimakan bersama oleh 4/5 orang.

Majlis dimulakan dengan doa dan ucapan dari beberapa orang penting dalam masyarakat itu termasuklah YB Mohd Ismail dan YB Datuk Zulkurnain Kamisan, ADUN Seri Medan dan Exco Belia dan Sukan Negeri Johor.

Kemuncak acara pada majlis tersebut adalah pembakar mercun yang berskala tinggi dan perarakan motosikal berkuasa rendah tetapi mempunyai bunyi yang amat kuat menyamai bunyi di Litar Lumba F1 di Sepang.

Saya diberitahu program saperti ini telah diadakan sejak dulukala pada minggu pertama sambutan idul fitri dan semua anak muda di kampong tersebut mengambil bahagian dengan semangat persaudaraan yang kuat.

Saya amat teruja dan merasakan ini harus dikekalkan didiperkenalkan dikampong-kampong lain di negeri Johor sebagai sebahagian dari budaya kita.

TAIB WAHAB

Advertisements