KITA BOLEH, KALAU KITA BERSATU

Veteran Negeri Sembilan menyeru semua NGO dan kumpulan intelek yang berada di negeri itu bersatu dan bergabung dalam satu gagasan seriring dan senada untuk memperjuangkan semua isu-isu yang akan meletakkan orang Melayu dikedudukan yang kukuh.

Rumusan ini telah dicapai di perjumpaan berbuka puasa di Taman Sri Rahang, Seremban semalam.

Datuk Hamzah Kassim yang juga AJK Kelab Veteran MAYC Malaysia berkata satu perjumpaan dengan Exco Kerajaan Negeri perlu diadakan untuk menyelesaikan semua permasalah orang Melayu yang ada.

Ini termasuklah kedudukan penduduk Melayu dikawasan tertentu dipertingkatkan dengan memastikan kawasan perumahan baru mampu milik dibeli oleh orang Melayu.

Katanya, pertaniah masih memainkan peranan utama dan perancangan untuk memajukan tanah rezab Melayu dan tanah adat yang luasnya hampir 400 ribu ekar mesti diadakan.

Satu gerakan yang tersusun mesti diambil bagi melindungi kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu.

Jaringan kita dengan NGO bukan Melayu mesti diteruskan dengan menerapkan pemahaman mereka mengenai budaya nasional termasuk memperkasakan tempat-tempat bersejarah dan warisan Melayu di Negeri Sembilan.

Turut hadir diperjumpaan tersebut adalah Setiausaha Agung Kelab Veteran, Taib Wahab.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: