MENULIS SEJARAH UNTUK DIBUKUKAN (2)

Dalam penerbitan yang bercorak sejarah, kita boleh memberi fokus kepada sumbangan pemimpin dalam pelbagai bidang dalam MAYC sejak ianya ditubuhkan. Semua penulis yang berjaya menulis seolah-olah telah diberi kefahaman dan taklimat objektif dan motif penulisan. Bahasa yang boleh digunakan dalam buku hasil penerbitan ini bolehlah didalam bahasa Inggeris dan Melayu. Pemimpin MAYC boleh digambarkan begitu berjasa dan penuh komitmen memaju dan membangunkan sebuah pertubuhan pelopor dan terkenal yang maju pada hari ini.

Apabila dibuat perbandingan fakta secara rambang, amat kelihatan watak dan tokoh pemimpin MAYC yang sehebat tokoh atau wira orang bangsa. Meskipun fakta sejarah agak seiring tetapi kehebatan tokoh mereka adalah lebih menonjol dari tokoh pribumi sendiri. . Manakala setelah 60 kewujudannya pemimpin MAYC mempunyai watak yang boleh dianggap atau sengaja diangkat sebagai mentor pemikiran kaum belia ketika itu.

Selain itu kita boleh meletakkan ketokohan wira MAYC sebagai seorang tokoh berjasa yang hebat dan selayaknya kecuali setanding dengan tokoh-tokoh dari pertubuhan belia yang sezaman.
Buku yang bercorak sejarah ini boleh juga mengenengahkan isu kesatuan dan perpaduan sebagai sebuah bangsa Malaysia. Jika dulu isu cita-cita atau cadangan satu bangsa Malaysia hanya dipopularkan oleh parti politik kebanyakan penerbitan yang bercorak sejarah, sekaang tidak lagi begitu.

Terdapat juga banyak buku-buku biografi tokoh profesional perkhidmatan awam yang telah bersara ditulis dan diterbitkan dengan baik.

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: