Dirasakan tidak terlalu lambat untuk memulakan usaha menulis sejarah MAYC diperengkat negeri. Ini adalah salah satu kesimpulan yang dapat dibuat diakhir jelajah ramadan ke negeri-negeri utara oleh Sdr Taib Wahab, Setiausaha Agung Kelab Veteran MAYC.
Sungguhpun beberapa orang tokoh pemimpin MAYC telah pun meninggalkan kita, usaha-usaha kearah ini masih lagi boleh dijalankan.
Penulisan buku ini akan membolehkan yang muda-muda mengetahui perjalanan sejarah MAYC sejak ianya ditubuhkan pada tahun 1953. Lebih-lebih lagi memandangkan bahawa yang muda-muda tidak menghayati perjuangan pemimpin lama dan merasakan mereka sudah begitu hebat. Ada diantara mereka tidak lagi berkhidmat untuk masyarakat malah hanya untuk diri sendiri dengan kepentingan peribadi.
Negeri Kedah telah mencadangkan supaya Kelab Veteran menganjurkan program untuk mendidik yang muda-muda dalam berbagai aspek pentabiran kelab dan isu-isu lain. Dengan cara ini ilmu yang ada pada mereka dapat dimanfaatkan kepada yang muda-muda.
Sdr Taib telah sempat berbuka puasa bersama pimpinan negeri-negeri Pulau Pinang, Perlis dan Kedah sejak Isnin lalu.
Beliau juga sempat berbincang mengenai hala tuju Koperasi Veteran yang baru ditubuhkan dan meminta negeri-negeri mendapatkan seramai ahli yang boleh.
Minggu depan beliau akan meneruskan jelajah ramadannya ke negeri-negeri pantai timur.
Filed under: Uncategorized |
Leave a Reply