MENJAGA KESIHATAN DIBULAN RAMADAN

Sebahagian dari pengisian Ramadan adalah ibadah puasa. Sebab itu bulan Ramadan disebut juga sebagai “Syahrus Siyam” iaitu bulan puasa. Ibadah puasa adalah ibadah yang sangat unik. Hanya dengan meninggalkan makan dan minum serta sesuatu yang membatalkannya sudah dianggap berpuasa. Allah s.w.t amat sayang kepada hambanya, maka diwajibkan berpuasa supaya manusia terdidik untuk menjaga kesihatan. Melakukan puasa adalah salah satu dari cara untuk memelihara kesihatan. Pakar-pakar kesihatan telah mengakui hakikat bahawa menjaga pemakanan adalah faktor terpenting menentukan tahap kesihatan. Dalam hal ini, Rasulullah telah menyatakan dengan tegas sebagai satu jaminan dalam hadisnya:

Berpuasalah kamu nescaya kamu akan sihat

Bulan Puasa

Berpuasa mempunyai hubungkait dengan makan dan minum. Hanya apabila kita berpuasa, jadual masa makan dan minum telah berubah. Bersahur adalah ganti kepada sarapan pagi manakala berbuka puasa adalah ganti makan malam. Walau bagaimanapun yang pasti makan tengahari tiada pengganti. Cuba kita bayangkan apabila kita mengikuti seminar atau kursus yang diadakan di hotel atau di mana sekalipun. Jadual makan adalah padat. Bermula dengan sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan minum malam.

Walaupun sesuatu penyakit kadangkala disebabkan faktor keturunan atau keadaan setempat tetapi kebanyakan penyakit berlaku kerana tabiat dan aktiviti pemakanan yang tidak dikawal. Sebab itu Rasulullah s.a.w telah bersabda:

Perut itu adalah rumah penyakit

Maksud perut dalam hadis di atas bukanlah saiznya tetapi apa yang diisi kedalam perut berupa makanan dan minuman. Nabi menyatakan lagi:

Perut itu semacam telaga bagi badan, urat dan pembuluh darah. Apabila perut itu sakit maka pembuluh darah itu akan membawa penyakit

Allah s.w.t telah menegaskan dalam Al-Quran agar seseorang mukmin hendaklah memakan makanan yang halal, bersih dan suci tetapi tidak melakukan secara berlebih-lebihan kerana makan yang diambil secara berlebih-lebihan akan mengundang penyakit walaupun bukan pada waktu itu tetapi dalam jangka masa yang panjang.

Dan makan dan minumlah dan jangan berlebih-lebihan. SesungguhNya ( Allah ) tidak sukakan mereka yang berlebih-lebihan

Sebab itu, pakar kesihatan telah mengadakan apa yang dipanggil sebagai “Piramid Makanan” setelah mengambil kira keperluan dan kesan kepada manusia. Apa yang berlaku kepada kita hari ini apabila kita berada dalam keadaan mewah dan mudah mendapatkan makanan yang pelbagai tidak termasuk makanan yang popular iaitu “fast food” dan penyemburan racun pada sayuran dan buah-buahan serta berbagai-bagai kesan bahan pengawet, pembungkusan yang membawa kepada penyakit kanser dan lain-lain lagi.

Nabi s.a.w banyak memberi tips kepada kita yang apabila kita ikuti adalah jaminan kepada kesihatan yang baik. Di bawah ini diperturunkan beberapa hadis nabi untuk diamalkan.

Makanlah ketika kamu lapar dan berhentilah sebelum kamu kenyang

Tidaklah anak adam itu memenuhi bekas yang paling hina dari perutnya. Memadai anak adam itu makan beberapa suap yang membolehkan berdiri tulang belakang (bekerja kuat ). Sekiranya ia tidak mampu melakukan (makan yang sedikit itu) maka hendaklah ia membahagikan perutnya sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk pernafasan

Oleh yang demikian puasa adalah sebagai satu latihan untuk menggawal makan minum seseorang dan sebagai satu peringatan supaya kita sentiasa menjaga makanan dan minuman untuk menjamin kesihatan yang baik. Walaupun Nabi ada mengatakan:

Setiap penyakit itu ada ubatnya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: