APA PERANAN KITA

1. Peranan masyarakat pada mewujudkan masyrakat penyayang adalah menggalakkan aktiviti ziarah-menziarahi jiran, saudara-mara, rumah-rumah kebajikan pada hari-hari biasa atau pada hari-hari perayaan. Aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara mereka Mereka juga perlu mengamalkan sikap pemurah, ikhlas dan sentiasa sanggup membantu dan menghulurkan tenaga untuk golongan ini.

2. Syarikat swasta pula berperanan menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada golongan cacat supaya mereka memperolehi sumber pendapatan untuk meneruskan kehidupan. Sikap diskriminasi perlulah dikikis. Pihak syarikat boleh menghantar kerja-kerja atau barang-barang yang hendak disiapkan ke rumah-rumah kebajikan, pusat-pusat pemulihan, rumah orang-orang tua dll. supaya tidak mendatangkan masalah kepada golongan ini untuk ke tempat kerja.

3. Kerajaan juga boleh memainkan peranan penting bagi membantu golongan tua dan cacat ini dengan memberi bantuan bulanan kewangan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bagi golongan yang tidak mempunyai saudara-mara dan tidak mempunyai tempat tinggal, kerajaan telah menyediakan rumah orang- orang tua, pusat pemulihan akhlak dan pusat orang-orang cacat. Selain itu kerajaan juga melaksanakan dasar-dasar tertentu untuk menerapkan budaya penyayang di kalangan masyarkat seperti “Penerapan Nilai-Nilai Islam, kempen-kempen melalui media massa seperti program “Keluarga Bahagia”, “Kampungku”, ‘Cintai Sungai Kita” dll. Kerajaan juga telah mengadakan undang-undang untuk membendung perbuatan-perbuatan yang tidak baik seperti Akta Perlindungan Kanak-Kanak, Akta Kualiti Alam Sekeliling dll.

4. Badan-Badan Sukarela dan Agensi Sosial.
Badan-badan sukarela (NGO) juga mempunyai peranan penting dalam menyemaikan budaya penyayang ini. Badan-badan seperti Kelab Lion, Kelab Rotary dan Kelab Interact merupakan beberapa badan sukarela yang telah bergerak secara aktif dalam membantu golongan-golongan yang kurang bernasib baik. Selain daripada menghulurkan bantuan kewangan dan pakaian, mereka juga mengadakan lawatan untuk beramah mesra dengan golongan-golongan ini supaya mereka tidak berasa tersisih dari masyarakat.

5. Keluarha mempunyai asas yang paling kukuh untuk membina budaya penyayang. Anak-anak yang dibesarkan dan dididik dengan penuh kasih sayang di dalam keluarga yang bahagia akan membesar sebagai individu yang berguna. Anak-anak ini akan mewarisi sifat-sifat positif dan nilai-nilai murni dari ibu bapa mereka. Kempen konsep “Keluarga Bahagia”, “Rumahku Syurgaku” diharapkan dapat melahirkan generasi yang bertanggungjawab.

6.Bagi merealisasikan konsep masyarakat penyayang, ianya boleh dilakukan melalui pendidikan secara formal. Misalnya kementerian telah memasukkan ke dalam sukatan pelajaran bagi subjek Pengetahuan Moral, Agama Islam ,Alam dan Manusia dan Lukisan nilai-nilai murni yang perlu ada pada individu. Selain itu aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dapat menyemaikan nilai-nilai kemasyarakatan yang murni kepada pelajar. Semangat bekerjasama dan aktiviti rekreasi yang dijalankan dapat mendekatkan manusia dengan alam sekitar. Penubuhan Badan Kebajikan di sekolah-sekolah juga merupakan satu lagi pendekatan ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang mana fungsi badan ini ialah untuk membantu golongan yang susah dan bermasalah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: