GEJALA ANTI SOSIAL

Kegiatan anti sosial juga dirasakan sedang berleluasa diMalaysia yang terdiri daripada masyarakat yang pelbagai kaum, budaya dan agama. Wujudnya prasangka antara mereka dalam kehidupan harian mereka tidaklah menghairankan.

Malahan kita dapati terdapat setengah-setengah golongan anti sosial yang meniupkan api perkauman dengan niat jahat untuk memecah belahkan perpaduan yang sedia terjalin erat di kalangan masyarakat kita.

Mereka ini kadang-kadang didalangi oleh pihak-pihak luar yang cemburu dengan kejayaan Malaysia. Oleh itu sifat toleransi, kerjasama, saling faham-memahami dan sayang kepada keamanan perlu dipupuk. Tanpa nilai-nilai ini akan mewujudkan suasana huru-hara dalam negara.

Pengabaian golongan cacat dan kurang bernasib baik juga mencemarkan keharmonian kaum selain daripada masalah pengabaian golongan tua, satu lagi masalah ialah pengabaian dan diskriminasi terhadap golongan cacat dan kurang bernasib baik. Golongan ini sering dilabel sebagai mereka yang menjadi beban kepada keluarga, masyarakat dan negara. Sesetengah daripada hak mereka telah dinafikan seperti mendapatkan pekerjaan, pendidikan dll.

Pemusnahan alam sekitar juga menjadi masaalah utama. Sifat sayang kepada alam sekitar adalah perlu pupuk. Oleh kerana sikap ini tidak ada di kalangan masyarakat, mereka sewenang-wenangnya memusnahkan alam sekeliling seperti hutan, pencemaran sungai, udara dan sebagainya.

Perbuatan ini menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan belnja yang banyak untuk memulihkan keadaan dan mengatasi masalah yang dihadapi.

Pemusnahan harta benda awam atau “vandelism” juga menjadi masaalah sekarang ini. Kemudahan awam seperti telefon awam, perhentian bas awam, tandas awam, harta benda sekolah dan lain-lain  lagi sering menjadi mangsa pemusnahan. Pemusnahan ini bukan saja menyukarkan apabila diperlukan pada waktu-waktu kecemasan, tetapi kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk membaik pulih kemudahan berkenaan. Selain itu sikap pembaziran harta benda kerajaan juga merupakan satu kerugian kepada kerajaan dan masyarakat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: