PENTINGNYA MASYARAKAT PENYAYANG

Kurangnya  nilai-nilai kemasyarakatan dan kemanusiaan yang dikalangan kita serta saling mengambil berat tentang kesejahteraan rakyat dan hal hal lain yang bersangkutan telah membuat kita perlu menghidupkan semula nilai murni ini.

Ramai jiran yang tidak mengenali sesama mereka jauh sekali untuk mengambil berat tentang aktiviti anak-anak jiran. Masyarakat masa kini mengamalkan sifat individualistik iaitu mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan hal orang lain. Mereka juga sibuk mengejar kekayaan dan kesenangan selaras dengan nilai pegangan mereka iaitu materialistik. Kecanggihan sistem komunikasi seperti telefon telah merenggangkan lagi hubungan sesama mereka. Kekayaan yang dimiliki membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi tanpa memerlukan bantuan jiran-jiran.

Terdapat pelbagai gejala sosial yang melanda masyarakat masa kini. Di kalangan remaja,gejala-gejala sosial seperti penagihan dadah, melepak,bohsia, ponteng sekolah ,jenayah remaja dan merosakkan harta benda awam semakin berleluasa. Masalah ini perlu di atasi kerana ia boleh menggagalkan cita-cita Wawasan 2020. Jika diamati, gejala-gejala ini tidak akan wujud sekiranya setiap orang memainkan peranan untuk mengawasi, menasihati dan membetulkan tingkahlaku anak-anak remaja yang berada di hadapan mereka.

Masih wujudnya masalah pengabaian golongan tua dalam kehidupan masyarakat hari ini  yanglebih mementingkan kakayaan dan kebendaan daripada kasih sayang kepada keluarga. Gejala ini menyebabkan nasib warga tua tidak sebaik dahulu. Masyarakat kini bertanggapan bahawa orang tua tidak produktif, tidak berguna, membebankan dan banyak karenah. Malah ada yang sanggup membiarkan mereka hidup merempat dan mengemis. Keadaan ini wujud kesan daripada tiadanya nilai sayang menyayangi di antara satu sama lain di kalangan anak-anak, keluarga dan masyarakat.

Masalah penganiayaan kanak-kanak.juga merupakan satu lagi gejala sosial yang semakin berleluasa di dalam masyarakat masa kini ialah masalah penganiayaan dan penderaan kanak-kanak. Gejala ini wujud kerana sudah tiadanya perasaan kasih sayang di kalangan ibu bapa dan penjaga. Anak-anak diseksa, dipukul, didera secara fizikal mahupun mental dan tidak kurang pula yang melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak.

Oleh yang demikian perlu ada gerakan baru untuk menekankan pentingnya masyarakat penyayang dalam kehidupan kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: