CABARAN MASYARAKAT PENYAYANG

Mantan Perdana Menteri Y.A.B. Dr Mahathir Mohamad mentaarifkan masyarakat dan budaya penyayang sebagai sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri. Dengan kata lain, masyarakat penyayang ialah masyarakat yang hidup bermuafakat dengan anggota-anggotanya yang mesra dan bertimbang rasa. Setiap orang saling faham-memahami dan hormat menghormati iaitu yang muda menghormati yang tua dan yang tua mengasihi yang muda.

Ini adalah untuk mencapai matlamat saperti berikut:

1. Memelihara maruah negara.

Pengwujudan masyarakat penyayang ialah untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil kerana asas kestabilan sesebuah negara ialah terletak pada kestabilan masyarakatnya. Kestabilan masyarakat penting untuk kestabilan ekonomi dan politik sesebuah negara. Rakyat yang stabil dari segi jasmani, emosi, rohani dan mental serta peka pada tanggungjawab bersama akan melahirkan negara yang aman dan harmoni. Kekuatan ini akan dapat mengelakkan negara menjadi mangsa pencerobohan kuasa-kuasa asing. Ini penting kerana penjajahan dalam zaman yang serba canggih ini bukan dilakukan melalui kekuatan tentera tetapi melalui kecanggihan sistem teknologi maklumat yang mereka miliki.

2. Mengekalkan nilai-nilai ketimuran.

Sejak dulu lagi masyarakat Malaysia memang terkenal dengan amalan nilai-nilai murni masyarakat timur seperti tolong-menolong, peramah, hormat-menghormati, bertimbang rasa serta bekerjasama.Apabila kedatangan kuasa barat ke negara ini, mereka telah memperkenalkan nilai dari barat seperti sifat angkuh, materialistik, individualistik dan penindas sehinggakan nilai-nilai murni yang sedia ada telah terhakis dan dilupai.. Pengenalan konsep masyarakat penyayang diharapkan akan dapat memupuk kembali nilai-nilai ketimuran yang semakin ditinggalkan.

3. Membentuk sebuah negara maju.

Matlamat utama yang patut kita tuju ialah menjadikan Malaysia negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Kita patut menjadi negara maju mengikut cita rasa kita sendiri bukan mengikut acuan negara maju yang sedia ada. Oleh itu matlamat Wawasan 2020 ialah pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju dari segala segi iaitu ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Malaysia akan menjadi sebuah negara perindustrian yang maju tetapi mengekalkan nilai-nilai murni, menikmati taraf hidup yang tinggi, keamanan dan keadilan sosial serta bangga terhadap negara. Keadaan ini akan membolehkan kerajaan memupuk tenaga dan wang untuk program-program pembangunan bukan mengatasi masalah-masalah sosial. Tanpa jiwa penyayang kita akan mengulangi kesalahan negara maju yang mengalami keruntuhan moral.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: