MASYARAKAT YANG MENYAYANG

Ibu bapa diberikan peranan yang penting untuk mewujudkan masyarakat penyayang. Tanggung jawab ini wajib dipikul oleh semua ibu bapa dan adalah penting dari berbagai sudut.

Di kalangan ibu bapa dalam masyarakat majmuk Malaysia hari ini selalu diberi tekanan oleh umum terutamanya kerajaan dalam hal yang bersangkut-paut dengan pembentukan masyarakat penyayang.

Masyarakat penyayang merupakan masyarakat yang anggotanya mengamalkan sikap yang sayang-menyayangi, hormat-menghormati, bantu-membantu, satu samalain. Masyarakat seperti ini menjadi impian negara kita untuk merealisasikan Wawasan 2020.

Oleh itu, terdapat pelbagai langkah-langkah boleh diambil oleh ibu bapa untuk membentuk masyarakat penyayang.

Namun begitu masih terdapat dikalangan ibu bapa yang mengabaikan anak-anak mereka. Hal ini kerana ibu bapa tersebut lebih mementingkan kemewahan hidup dan kekayaan. Oleh itu, ibu bapa seharusnya lebih banyak meluangkan masa dengan anak-anak mereka. Kasih sayang ibu bapa dapat dilihat melalui kesanggupan ibu bapa meluangkan masa bersama dengan anak-anak.

Pada masa itu, ibu bapa harus berkongsi masalah anak-anak dan menjadi pendengar setia kepada setiap luahan hati anak-anak. Contohnya, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka semasa cuti sekolah untuk mengeratkan hubungan dan mengurangan tekanan anak-anak dalam aspek pembelajaran serta ibu bapa.

Dengan ini, bibit-bibit kasih sayang akan mekar dalam jiwa anak-anak. Jadi, impian ibu bapa atau negara untuk membentuk masyarakat penyayang akan tercapai jua.

Selain itu, ibu bapa sewajarnya memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak semenjak kecil lagi untuk melentur buluh dari rebungnya. Ibu bapa hendaklah tidak mengabaikan tanggungjawab mereka dalam mencurahkan didikan agama kepada anak-anak.

Oleh itu, ibu bapa sewajarnya menerapkan didikan agama kepada anak-anak mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap agama mementingkan hubungan baik dengan Pencipta, sesama manusia dan alam sekitar. Hai ini akan tercapai dengan adanya nilai kasih sayang dalam kehidupan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: