MATLAMAT KOPERASI VETERAN

Koperasi Veteran  merupakan salah satu daripada kegiatan kelab yang dilancarkan baru-baru ini. Penubuhannya perlu dilihat oleh semua ahli dalam banyak sudut dan bukan  sahaja sebagai menceburkan diri dalam bisnes koperasi. Skop dan ruang sumbangan koperasi ini amat luas dan kejayaannya memenuhi kehendak dan keperluan anggotanya adalah kejayaan bersama.

Sebagai salah satu daripada fungsi koperasi berdaftar di Malaysia, matlamat penubuhan koperasi veteran mampu mewujudkan persekitaran yang sihat terhadap pembangunan koperasi. Matlamat ini tidak akan tercapai tanpa penglibatan JKK yang benar-benar memahami, menghayati dan melaksanakan ideologi koperasi.

Kepentingan ini telah disuarakan oleh Presiden Kelab Datuk Nasir Safar ketika meresmikan koperasi ini Ahad lalu.. Empat perkara pokok yang perlu ada untuk memastikan pengurusan koperasi berjalan dengan baik dan berkesan untuk warga koperasi veteran  merangkumi:

a. Penghayatan terhadap matlamat penubuhan koperasi Veteran;
b. Memahami dan menghayati jati diri koperasi, tadbir urus koperasi dan perundangan koperasi;
c. Melaksanakan peranan, hak, tanggungjawab dan kewajipan; dan
d. Amalan demokrasi dalam melaksanakan dasar pembangunan koperasi.

Atas dasar semangat kepunyaan bersama, pimpinan koperasi perlu memanfaatkan segala ilmu pentadbiran dan pengurusan yang diikuti sebagai landasan awal membentuk, merancang dan melaksanakan pembangunan koperasi.

Prestasi dan pencapaian sesebuah koperasi  masa kini boleh dikatakan tidak menentu yang mempunyai hubung kait dan pihak pentadbiran  yang diketuai oleh pimpinan koperasi.

Peranan pimpinan dalam pembangunan kegiatan koperasi veteran boleh dilihat dalam dua aspek iaitu:
– Komitmen
– Pengetahuan Koperasi

Komitmen
Keprihatinan pimpinan  terhadap kegiatan kelab veteran yang tertumpu kepada menabur bakti untuk masyarakat.
Jalinan hubungan dengan perlembagaan kelab

Hubung kait kedua-dua nilai mampu memberi ruang kepada pimpinan memperkenalkan kepentingan kegiatan dan perkhidmatan koperasi dengan meluas kepada para veteran.

Untuk mencapai matlamat ini, perbincangan antara Presiden dan Pengerusi koperasi dalam memperkenalkan kaedah terbaik kepada semua pihak terlibat amat penting. Atas kesedaran ini, Presiden dapat menyumbangkan idea atau pandangan tentang elemen-elemen pentadbiran dan pengurusan koperasi yang lebih cekap dan efisien untuk memastikan pimpinan koperasi menerapkannya dalam setiap aktiviti dan perkhidmatan koperasi. Penerapan ini melalui mobilisasi anggotanya ke arah yang lebih cemerlang dari segi kegiatan kporasi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: