KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA

Ketika berucap di majlis peresmian Koperasi Veteran MAYC Semenanjung Malaysia, Datuk Nasir Safar telah mengumumkan pembukaan sebuah pasaraya berkonsepkan Kedai Rakyat 1Malaysia disebuah lokasi di Negeri Sembilan pada awal tahun hadapan.

Pasaraya yang akan menjual produk pengguna buatan Malaysia ini akan menjadi flagship bagi kedai-kedai serupa yang akan dibuka disetiap negeri di Semenanjung Malaysia. Ini tidak mustahil dapat dilakukan dengan adanya pengurusan koperasi yang berpegalaman dan cekap saperti Datuk Mohd Yusoff Hamid dan Ruslan Zainal Abidin dengan dibantu oleh 10 orang JKK yang lain yang mewakili veteran negeri-negeri.

Pasukan pengurusan dibawah pimpinan ini harus sedar tentang tanggung jawab mereka yang bukan sahaja untuk menguruskan kedai dengan baik tetapi juga untuk memberi khidmat kepada masyarakat setempat. Ini akan dapat dilakukan dengan mempastikan adanya produk-produk yang perlu dan dibuat di Malaysia. Harga-harga yang ditetapkan perlulah lebih murah dari mana-mana kedai yang lain.

Kedai ini juga akan memberi peluang kepada pengusaha kecil dikalangan kita untuk memasarkan produk mereka dan in akan menggalakkan lebih ramai lagi pengusaha yang akan menghasilkan berbagai produk.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: