KOPERASI KELAB VETERAN MAYC

Kelab Veteran MAYC Malaysia melakar satu lagi sejarah dengan tertubuhnya KOPERASI KELAB VETERAN MAYC SEMENANJUNG MALAYSI BERHAD siang tadi. Pendaftaran koperasi ini elah pun diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Bertempat di Bilek Presiden Kelab DiRaja Malaysia, mesyuarat agung koperasi ini telah diresmikan oleh Datuk Nasir Safar, Presiden kelab dan dihadiri lebih 50 orang ahli koperasi.

Dalam ucapan peresmiannya Datuk Nasir menggesa lebih ramai lagi ahli veteran dapat menyertai koperasi ini yang akan menceburkan diri dalam berbagai bidang perniagaan termasuk peruncitan menggunakan jenama 1Malaysia.

Katanya keahlian kelab veteran dapat dirapatkan lagi dengan adanya koperasi iniyang  menjalankan berbagai kegiatan perniagaan dan akan memberi faedah secara langsung kepada ahli.

Beliau akan menyokong penuh kegiatan koperasi ini dan telah meluluskan peruntukan permulaan sebesar RM 100,000.

Roadshow akan diadakan disetiap negeri untuk mendapatkan lebih ramai ahli koperasi supaya sasaran RM 1 juta yuran ahli dapat dicapai sebelum cukup tahun ini.

Datuk Mohd Yusoff Hamid telah dipilih sebagai Pengerusi Koperasi dan Ruslan Zainal Abidin sebagai Setiausaha. Turut dilantik 10 orang jawatankuasa koperasi.

Ahli Jawatankuasa MAYC Veteran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: