PERANAN KOPERASI

Kekuatan gerakan koperasi pada masa ini  adalah dalam sektor perkhidmatan khususnya perkhidmatan kewangan yang menyumbang 64 peratus kepada jumlah perolehan gerakan koperasi pada tahun 2009.

Sumbangan terbesar kepada perolehan ini dijana oleh 577 buah koperasi kredit dan perbankan yang merupakan 8 peratus daripada jumlah koperasi berdaftar dengan jumlah perolehan sebanyak RM5.71 bilion.

Penyumbang terbesar ialah Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat).

Koperasi pengguna yang berjumlah 3.7 peratus buah (52.6 peratus) mempunyai keanggotaan terbesar seramai 2.8 juta orang (40.9 peratus). Namun demikian, perolehan koperasi pengguna hanya RM0.98 bilion (11.1 peratus) daripada keseluruhan perolehan gerakan koperasi.

Dari segi saiz, terdapat kira-kira 159 koperasi dalam kluster besar, 361 koperasi dalam kluster sederhana dan selebihnya dalam kluster kecil dan mikro,

Sungguhpun bilangan koperasi besar hanya 2.2 peratus, ia menyumbang sebanyak 83.1 peratus kepada perolehan keseluruhan gerakan koperasi.

Kebanyakan koperasi dalam kluster ini ialah koperasi kredit dan perbankan.. Koperasi kluster sederhana menyumbang 9 peratus manakala koperasi kecil dan mikro menyumbang 7.9 peratus kepada perolehan keseluruhan gerakan koperasi.

Mengenai pertumbuhan dan perkembangan gerakan koperasi di Malaysia, ia disumbang oleh sumber dalaman melalui pengumpulan modal yuran dan syer anggota.

Bagi memantapkan perkembangan koperasi yang bermotifkan sosial, kerajaan menyediakan bantuan dalam bentuk geran dan pinjaman mudah.

Selain itu, sebahagian daripada keuntungan koperasi dikumpulkan dalam bentuk dana bagi membiayai program latihan dan pembangunan koperasi yang dikendalikan oleh SKM, Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa). Sehingga Disember 2009 sebanyak RM218 juta berjaya dikumpulkan.

breadman

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: