PERKEMBANGAN KOPERASI DIMALAYSIA

Gerakan koperasi di Malaysia terus berkembang dengan penubuhan pelbagai jenis koperasi seperti pengguna, pertanian, perumahan, pengangkutan, perindustrian, pembinaan dan perkhidmatan. Di samping itu juga terdapat koperasi yang menjalankan pelbagai jenis aktiviti yang dikategorikan sebagai koperasi serbaguna.

Berhubung pencapaian semasa gerakan koperasi,  perangkaan menunjukkan koperasi bergerak dengan mantap apabila perangkaan tahun 2005-2009 menunjukkan pertumbuhan yang menggalakkan.

Bermula dengan sembilan buah Sharikat Bekerja Bersama-sama Jimat-cermat dan Pinjam-meminjam pada tahun 1922, jumlah koperasi terus menunjukkan pertumbuhan positif dan amat membanggakan apabila meningkat daripada 4,771 koperasi pada tahun 2005 kepada 7,215 koperasi (2009) iaitu pada kadar purata 9.4 peratus setahun dengan keanggotaan 4.7 peratus, modal syer 8.2 peratus, aset 20.8 peratus dan perolehan 17 peratus setahun.

Pada tahun 2009 modal syer berjumlah RM8.97 billion dan aset bernilai RM65 billion, katanya.

Melalui sumber dan kekuatan kewangan ini, koperasi dapat menjana perolehan berjumlah RM8.92 bilion bagi tahun 2009.

Sehingga Oktober tahun lalu terdapat 7,980 koperasi yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: