KENAPA TUBUH KOPERASI

PENUBUHAN syarikat koperasi merupakan perniagaan yang dijalankan sekumpulan individu secara sukarela untuk menjaga kebajikkan ahli-ahlinya.

Terdapat 2 bentuk koperasi iaitu :

1) Koperasi keahlian terhad – Terhad kepada jenis pekerjaan, kawasan dan latarbelakang seperti Koperasi Guru
2) Koperasi keahlian bebas – Iannya terbuka kepada sesiapa saja untuk menjadi ahli seperti Koperasi Pengguna, Koperasi Perumahan

Mengikut Akta Koperasi 1948, koperasi mempunyai prinsip-prinsip seperti keanggota sukarela dan terbuka, perjalanan pengurusan secara demokrasi, bayaran untung atas saham yang terhad, pembahagian untung secara saksama, menggalakkan pendidikan koperasi dan bekerjasama secara aktif, di semua peringkat.

CIRI-CIRI KOPERASI

1) Ditubuhkan dibawah Ordinan Akta Koperasi Malaysia
2) Didaftarkan dengan Jabatan Pembangunan Koperasi
3) Liabiliti Terhad
4) Modal diperolehi melalui yuran, samada yuran bulanan, tahunan atau saham yang dibeli oleh ahli
5) Agihan risiko, keuntungan dan kerugian berdasarkan pegangan saham dan penglibatan ahli-ahli
6) Diuruskan oleh Lembaga Pengarah yang dilantik oleh ahli-ahli koperasi semasa Mesyuarat Agung Tahunan
7) Keuntungan koperasi diagihkan kepada ahli samada satu atau dua kali setahun dalam bentuk dividen atau bonus atau kedua-duanya.

KELEBIHAN KOPERASI

1) Menjaga kepentingan ahli dan bukannya mencari keuntungan semata-mata
2) Mewujudkan kerjasama dan tolong menolong antara ahli
3) Liabiliti terhad
4) Wujud secara berterusan – entiti secara berasingan
5) Mendapat pelepasan cukai bagi koperasi baru atau yang berstatus kecil (tertakluk kpd terma-terma tertentu)
6) Ditadbir secara demokrasi melalui pengundian
7) Peluang mendapat modal tambahan melalui pinjaman Koperasi bagi tujuan perniagaan dsb.

KELEMAHAN KOPERASI

1) Pulangan tetap dan rendah (namum ada sesetengah koperasi mampu memberi dividen yang tinggi kepada ahli-ahli mereka)
2) Pemilikan saham terhad. Sesetengah koperasi menghad jumlah saham yang boleh dibeli dan dipegang.
3)Aktiviti koperasi dikuasi oleh segolongan individu tertentu kerana kebanyakan ahli-ahli koperasi kurang aktif.
4)Operasi dikawal oleh Jabatan Pembangunan Koperasi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: