JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG KOPERASI

YBhg Dato’ Tuan/Puan Ahli Jawatankuasa Kelab Veteran MAYC Pusat/Pengerusi Negeri. Serta Ahli Kelab Veteran MAYC

Salam,

Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Koperasi Negeri Selangor telah meluluskan permohonan Koperasi Kelab Veteran MAYC Malaysia diatas nama KOPERASI KELAB VETERAN MAYC SEMENANJUNG MALAYSIA BERHAD pada 26.3.13 dengan syarat mesyuarat penubuhan koperasi mesti di buat dalam masa 3 bulan yang berakhir pada 25.6.13..

Oleh kerana kesibukan PRU 13, Jawatankuasa Penaja terpaksa menangguhkan mesyuarat penubuhan koperasi kita kepada 16hb Jun 2013

Walaupun pada 26hb Januari 2013 lalu sempena Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Veteran MAYC, satu mesyuarat penubuhan koperasi Kelab Veteran MAYC telah diadakan, tetapi mesyuarat Penubuhan ini terpaksa dibuat semula mengikut arahan Suruhanjaya Koperasi sejajar dengan keputusan mesyuarat tempoh hari yang bersetuju menubuhkan koperasi tertakluk kepada syarat dan keperluan SKM, termasuk setuju menghadiri mesyuarat penubuhan sekiranya diperlu dibuat semula.

Untuk makluman YBhg Dato’ Tuan Puan, mesyuarat penubuhan ini memerlukan sekurang-kurangnya 50 orang bakal ahli/ahli. Oleh itu saya bagi pihak Jawatankuasa Penaja memohon kerjasama untuk mendapatkan seramai mungkin rakan dikalangan Veteran MAYC untuk turut serta dalam mesyuarat penubuhan ini. Maka sudilah kiranya memanjangkan notis/jemputan ini kepada rakan-rakan yang lain.

Butir-butir mesyuarat adalah saperti berikut:

Tarikh              Ahad 16hb Jun2013

Jam                  3.00 petang

Tempat           Bilek Presiden, Kelab Diraja Selangor

Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Saya juga berharap agar YBhg Dato’ /Tuan/ Puan dapat memaklumkan kepada sekretariat Veteran MAYC atau kepada saya jumlah yang akan hadir untuk menyediakan dokumen dan lain-lain.

Terima kasih
Ruslan Zainal Abidin
019 277 8688 – email : rzabotafc@gmail.com

KIBARKAN JALUR GEMILANG TANDA SETIA KEPADA NEGARA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: