MOU SUDAH DIMETERAI

KIBARKAN JALUR GEMILANG TANDA SETIA KEPADA NEGARATepat pada jam 5.00 petang 3/3/2013 bertempat di Permaisuri MITC Hotel Ayer Keroh, Melaka telah ditandatangani satu memorandum bersejarah kerjasama kedua NGO Veteran MAYC dan Alumni 4B. Meletakkan tandatangan bagi pihak Veteran MAYC adalah Datuk Nasir Safar selaku Presiden dan Datuk Mohd Yusoff Hamid, Timbalan Presiden.

Dipihak Alumni 4B pula YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Presiden Alumni 4B dan Datuk Hj Yop Hj Yahya, Naib Presiden Alumni 4B.

Kedua pemimpin NGO ini sebelumnya telah memberi ucapan yang bersemangat untuk membangkitkan moral dikalangan alumni dan veteran kedua organisasi.

Seramai 200 orang telah hadir memenuhi dewan makan hotel tersebut. Mereka adalah terdiri dari bekas pemimpin dan tokoh kedua buah organisasi.

MOU tersebut menggariskan tindakan yang akan diambil seterusnya dan ini termasuklah:

(1) mengadakan program-program yang membolehkan Alumni 4B dan Veteran MAYC bersatu tenaga dan kekuatan

(2) meneroka bidang kerjasama dalam kesemua aspek kemasyarakatan dan tidak terhad kepada kegiatan sukarelawan sahaja.

(3) memupuk kesedaran dikalangan kedua belah pihak tentang perlu nya diteruskan usaha-usaha memberi khidmat kepada masyarakat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: