UNIT BERGERAK LPPKN DI SPEKKTRA SEPANG

Salah satu aspek yang akan ditekankan pada SPEKKTRA akan datang adalah penjagaan kesihatan reproduktif diperingkat akar umbi. Ini adalah bagi mendekatkan LPPKN dengan masyarakat setempat dalam program khidmat masyarakatnya. Harapan kami sebagai penganjur agar masyarakat mengambil peluang bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang disediakan tanpa ada kesukaran.

Kadar bayaran perkhidmatan yang dikenakan adalah ditanggung oleh kami. Bagi yang tidak berkemampuan seperti golongan miskin, ibu tunggal dan keluarga yang berpendapatan rendah, perkhidmatan ini boleh didapati secara percuma dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Unit Bergerak ini dikendalikan oleh LPPKN untuk memberi perkhidmatan kesihatan reproduktif kepada golongan wanita, lelaki, remaja, eramas dan keluarga ke arah kesejahteraan.

Dengan adanya Unit Bergerak ini, LPPKN dapat memperluaskan khidmat masyarakat ke kawasan pendalaman yang boleh dilawati oleh pasukan petugas unit ini;
1.  Memberi kemudahan perkhidmatan kesihatan reprodukif kepada semua golongan dan peringkat umur dengan kadar bayaran perkhidmatan dan rawatan yang berpatutan;
2.  Mudah mendekati kumpulan sasaran dengan cepat dan tepat; dan
3.  Menjimatkan kos untuk membina dan membeli klinik-klinik baru bagi menyalurkan perkhidmatannya secara umum.

Klinik bergerak ini boleh dibawa ke mana-mana kawasan yang berpotensi serta sesuai dengan fungsinya dan sentiasa bergerak mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan.

Selain daripada itu program SPEKKTRA juga menyediakan khimat perancang keluarga, khidmat nasihat reproduktif, saringan kesihatan seperti tekanan darah, indeks jisim badan, ujian glukos dan kolesterol, pemeriksaan payudara, tunjuk ajar pemeriksaan payudara, ujian pap smear dan pendaftaran program subsidi mamogram.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: